
Gelagat pelakon, Puteri Sarah yang terpaksa menaiki motosikal untuk ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 telah mencuit hati wargamaya.
Merempit dengan Mira

Menerusi video yang dikongsikan, Sarah berkata, dia terpaksa menggunakan kenderaan dua roda itu disebabkan kesesakan jalan raya yang sangat sesak ke lokasi tersebut.
Sarah menaiki motosikal bersama pengawal peribadinya yang dikenali sebagai Mira.
Saya baru lepas berbuka puasa, jadi sekarang saya nak ‘merempit’ dengan Mira pergi MITEC untuk acara Absolut Bazzar.
Jalan ke MITEC sangat jammed, jammed teruk. Tak boleh bawa kereta sebab tiada parking.
Gelagat aktres berusia 39 itu membuat ramai pengikutnya terhibur selain ada yang memuji sikapnya yang ‘humble’.
Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan Sarah akan selamat sampai ke destinasi kerana motor itu ditunggang oleh Mira.





