26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Puisi & Dendangan Lagu ‘Di Balik Cermin Mimpi’ Dari M. Nasir Gemakan Himpunan Solidariti Gaza

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir membuat kemunculan istimewa di pentas Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang berlangsung di Axiata Arena pada Rabu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] 23 Pejuang Global Sumud Flotilla Selamat Tiba Di Kuala Lumpur.. 2,000 Sambut Kepulangan Dengan Laungan ‘Bebas Gaza’

    Artikel Berkaitan: ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa

    Puisi & lagu

    Meastro terkenal negara itu menghadiri ke majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah puisi bertemakan keinsafan dan kemanusiaan.

    Jika kita lupa siapa kita, hadapan kita adalah cermin.

    Kita bisa lihat wajah-wajah yang seakan hidup dan seakan mati.

    Mungkin kita sukar mengenal wajah-wajah sendiri.

    Menyalaklah sekuat hati, merintih lah sepedih-pedihnya.

    Lihatlah lagi pada cermin itu dan bertanya pada manusia di dalamnya. Inilah masanya aku menunjukkan taring dan kuku ku, menyiat-menyiatkan perompak kebenaran?

    Dalam masa yang sama, M.Nasir juga secara spontan mendendangkan lagu ketuhanan yang dipopularkan olehnya iaitu ‘Di Balik Cermin Mimpi’.

    MENARIK:  Demi Wang Pencen RM7k Sebulan, Anak Sorok Mayat Bapa Berusia 100 Tahun Dalam Rumah

    Untuk info, himpunan tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim.

    Selain itu, sebahagian delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusian Global Sumud Flotilla turut hadir, antaranya PU Rahmat, Ardell Aryana, Farah Lee, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

    The post [VIDEO] Puisi & Dendangan Lagu ‘Di Balik Cermin Mimpi’ Dari M. Nasir Gemakan Himpunan Solidariti Gaza first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah