Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur usahawan Datuk Seri Vida selepas wanita itu berkongsi tentang kelebihan surah Al-Fill yang didakwa boleh membantu membuka pintu rezeki.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Rasa Bangga & Megah Dengan Pangkal Nama Syed’ – PU Syed
Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Muzik Video ‘Sempurna’ – ‘Paling Sampah, Separuh L*cah!’
Teguran untuk DSV
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak itu menjelaskan bahawa tiada dalil yang membuktikan bahawa surah tersebut boleh menjadi ‘magnet’ rezeki.
Menuruh PU Syed dia juga gusar dengan tafsiran Vida yang tidak tepat berikutan video tersebut telah pun tersebar di media sosial.
Disabitkan kalau membaca ayat itu akan dimurahkan rezeki, sebenarnya tidak ada sandaran dan dalil perkara tersebut berlaku.
Kita risau tafsiran ayat Allah SWT di atas satu perkara yang tidak tepat, disebarkan pula, tambahan dia bukan ahli atau ulamak untuk dibahaskan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.
Saya harap dia dapat menurunkan semula video tersebut.
Walaupun dia seorang yang kaya, tapi tidak bermakna mengamalkan ayat itu menunjukkan bahawa berlakunya pertambahan rezeki atau dibukakan pintu rezeki.
Bagaimanapun, PU Syed berkata salah satu cara untuk dibukakan pintu rezeki adalah dengan beristighfar kepada Allah SWT.
Tak betul bila kalimah Rabukka dikaitkan dengan perkataan ‘Buka’.
Sebenarnya salah satu kaedah untuk kita meminta kepada Allah adalah dengan beristighfar. Allah akan bukakan pintu rezeki insyAllah dan kita pun kena berusaha juga untuk mendapatkan sesuatu.
Minta maaf sebab buat teguran yang terbuka kerana ia sudah tersebar.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] PU Syed Tegur Vida Dakwa Baca Surah Al-Fill Dapat Buka Pintu Rezeki – ‘Tiada Sandaran Atau Dalil..’ first appeared on OHBULAN!.





