27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hamil Anak Kedua, Tyra Kamaruzzaman Bidas Dakwaan ‘Poor Spacing’ – ‘Saya Tahu Kemampuan Diri Saya’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman tampil menjelaskan dakwaan mengenai jarak kehamilan yang dikatakan tidak sesuai (poor spacing), susulan kehamilannya anak kedua yang berlaku dalam tempoh singkat, hanya beberapa bulan selepas kelahiran anak sulungnya, Tyara Emran.

    Artikel Berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Alami Alahan Teruk, Syukur Suami Layan Seperti ‘Princess’ – ‘Saya Tak Keluar Rumah Berbulan-Bulan’

    Artikel Berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Henti Pakai Pengilat Kuku & ‘Eyelash Extension’ Lepas Tonton Video Urus Jenazah – ‘Lagi Senang Solat’

    Mengandung

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Tyra menjelaskan dia yakin dengan kemampuannya dan berharap orang ramai tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat.

    Saya rasa awak tidak sepatutnya mempersoalkan pilihan peribadi orang lain.

    Saya tahu kemampuan saya dan Tyara (anak pertama) sangat disayangi. Perkembangannya sesuai untuk usianya.

    Jangan risau tentang bayi saya.

    Mengulas lanjut, Tyra menafikan dakwaan bahawa dia tidak bijak mengurus perkembangan anaknya, sambil menegaskan bahawa dia tidak pernah mengabaikan Tyara walaupun sedang hamil.

    MENARIK:  [VIDEO] Wawa Zainal Dedah Pernah Diejek – ‘Setiap Kali Lalu Tandas Mereka Akan Kata, Si Jelek Datang!’

    Malah, menurutnya ikatan mereka semakin erat kerana Tyara menjadi lebih manja dengannya.

    Saya ada banyak masa untuk diluangkan bersama dia kerana kebanyakan masa saya di rumah.

    Baru-baru ini kami pergi untuk pemeriksaan dan doktornya kagum kerana dia sangat bijak, boleh lakukan banyak perkara dan sangat peka.

    Sebelum ini, berita kehamilan anak kedua Tyra diketahui ramai selepas dia memuat naik gambar bersama suaminya di IGs yang menampakkan bahagian perutnya.

    Isu kehamilan mula dibangkitkan selepas ramai yang mempersoalkan dia tidak menjaga jarak antara anak kedua dan anak yang pertama yang dilahirkan pada Januari melalui pembedahan caesar.

    Sumber: Instagram

    The post Hamil Anak Kedua, Tyra Kamaruzzaman Bidas Dakwaan ‘Poor Spacing’ – ‘Saya Tahu Kemampuan Diri Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah