25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] PU Syed Beri Teguran Pada Aisar Khaled, Titip Harapan Agar Kembali Menjadi Hamba Yang Taat – ‘Jangan Gunakan Kekayaan Untuk Maksiat’

    Shopee Sale



    Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi teguran kepada pempengaruh terkenal, Aisar Khaled apabila tular video-video yang jelas menunjukkan pergaulan bebas.

    Artikel Berkaitaan: ‘Mak Cik Erma..Boleh Lah Buat Drama Tentang Cinta Kepada Tanah Air, Islamik’ – PU Syed Tegur Erma Fatima, Drama Ada Unsur Tak Senonoh?

    Bezakan haram dan halal

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Seyd Ishak, 43, berharap agar Aisar menggunakan kekayaan pada jalan yang sepatutnya.

    Video ini saya tujukan pada saudara Aisar Khaled yang terkenal.

    Saya dapat video yang menunjukkan pergaulan bebas.

    Bergembira tidak salah, cumanya bila kita salah guna dengan kekayaan itu dengan melakukan maksiat.

    Saya tahu Aisar banyak menaja orang pergi umrah, bantu orang susah dan sebagainya tapi itu bukan modal sebagai jaminan untuk melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

    Pada perkongsian itu, PU Syed meluahkan kerisauannya terhadap kekayaan pempengaruh berusia 25 tahun itu bertukar menjadi Istidraj.

    MENARIK:  Pengarah Kreatif Qierahman Memilih Untuk Memelihara Elemen Tradisi Baju Melayu Dengan Menjadikan Que Haidar & Anak Sebagai Duta

    Semoga kembali taat

    Dalam pada itu, PU Syed berharap teguran yang dikongsikan itu sampai kepada Aisar agar dapat menyedarkannya tentang kesalahan yang dibuat.

    Saya harap Aisar jadi hamba Allah yang taat dan mensyukuri nikmat yang diberikan dengan melakukan ketaatan kepada Allah.

    Jika nak berkahwin, kahwin dengan cara yang baik.

    Cari wanita solehah dan baik untuk kita nikahi supaya tidak tergaul dengan golongan yang mungkin ingin ambil kesempatan atas kekayaan kita.

    Saya harap video ini dapat sampai ke Aisar dan dapat kita muhasabah diri dalam bulan Ramadan.

    Pada akhir perkongsian, pendakwah bebas itu turut menasihati netizen agar berhenti menyebarkan kecaman dan mendoakan Aisar agar kembali menjadi hamba Allah yang taat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah