28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] PU Riz Puji Kelas KAFA Pendidikan Khas: ‘Mereka Mempunyai Semangat Dakwah Tinggi’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas PU Riz berpandangan bahawa golongan orang kurang upaya (OKU) memiliki semangat dakwah yang tinggi dan sewajarnya diberikan sokongan serta perhatian yang lebih meluas.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Sentuh Agama, Ia Sangat Menyakitkan’ – PU Riz Bersuara Isu Penuntut Universiti Pijak Al-Quran

    Artikel Berkaitan: PU Riz Buka Ruang Bantu Insan Memerlukan Ramadan Ini – ‘Sedia Belanja Makan & Minum 20 Orang Setiap Hari’

    Kesungguhan dalam berdakwah

    View this post on Instagram

    A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

    Menerusi sebuah video di Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berkata bahawa dalam kalangan masyarakat pasti terdapat individu yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), dan mereka sebenarnya mempunyai potensi besar untuk turut terlibat dalam usaha dakwah.

    Sedar atau tidak sekarang ini di sebahagian tempat tinggal kita ataupun dalam keluarga kita sendiri ada anak-anak atau mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

    Saya suka panggil mereka dengan orang kelebihan upaya kerana mereka ini semua semangatnya tinggi dalam dakwah.

    PU Riz turut berkongsi pengalamannya berdakwah bersama golongan kurang penglihatan yang menurutnya mempamerkan kesungguhan luar biasa dalam mendalami ilmu agama.

    Saya ada pengalaman beri dakwah pada orang buta dan bila saya lihat mereka yang kurang pada penglihatan ini, sebenarnya mereka mempunyai keinginan dalam dakwah yang tinggi.

    Bahkan dalam ayat al-Quran, mereka sangat sempurna, kadang-kadang mereka lebih baik daripada kita yang celik ini.

    Inisiatif KAFA

    Menurutnya, inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bukan sahaja menyediakan tenaga pengajar terlatih bagi mendidik golongan kurang penglihatan serta kategori OKU lain, malah turut menyemarakkan semangat mereka untuk terlibat dalam aktiviti dakwah.

    Tegas suami kepada selebriti Neelofa itu lagi, kekurangan dari segi fizikal tidak seharusnya dijadikan penghalang untuk seseorang menyampaikan dakwah.

    Jadi disebabkan sedemikian saya nak ambil masa ini untuk memuji Kementerian Pendidikan Malaysia kerana KAFA pada kalini menubuhkan pendidikan khas.

    Maknanya mereka sudah mula mengajar orang yang kurang penglihatan atau apa sahaja kategori OKU.

    Dalam masa yang sama, guru itu juga terlatih dan memberikan didikan agama dan menaikkan semangat mereka untuk berdakwah.

    Jangan rasakan kita ini kurang, walaupun ada saudara kita yang lain mungkin kurang fizikalnya tetapi semangat dakwah dia itu jangan pernah kita lunturkan.

    Tambahnya lagi, usaha seperti pendidikan khas KAFA merupakan langkah yang baik dalam memperkasakan golongan OKU agar mereka turut berperanan dalam menyampaikan dakwah.

    Jadi saya tegaskan KAFA ini adalah usaha baik dalam pengajian khas atau pendidikan khas yang mengangkat semangat anak-anak kita ataupun mereka yg kurang upaya dalam menyampaikan dakwah.

    Inilah yang sepatutnya diamalkan terus agar semua umat Islam khususnya, tidak kira apa latar belakangnya, dia tetap boleh buat dakwah.

    Orang buta juga boleh buat dakwah, orang bisu boleh buat dakwah. Tidak ada sesiapa yang terhalang daripada melakukan dakwah.

    Semoga semua umat islam dapat melakukan dakwah dengan semangat di negara kita ini dan semoga keberkatan allah turun kepada semua.

    Sebelum ini, media melaporkan program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Pendidikan Khas untuk murid yang mengalami masalah pendengaran mula diperkenalkan di Kuala Lumpur sebagai usaha memperluaskan pendidikan Islam secara lebih inklusif.

    MENARIK:  Pelajar Dakwa DiRogol Oleh Anggota Polis Selepas Gagal Bayar Saman RM267

    Menurut sumber berita RTM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan bahawa inisiatif perintis yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu bertujuan memastikan kanak-kanak istimewa tidak terpinggir daripada peluang mempelajari al-Quran serta asas fardu ain.

    Pada peringkat permulaan, kelas ini hanya menempatkan 10 orang murid dengan masalah pendengaran yang dibimbing oleh dua orang guru terlatih dalam kaedah pengajaran pendidikan khas.

    Selain itu, pendekatan pengajaran menumpukan kepada pemahaman al-Quran dan asas fardu ain secara berkesan dan inklusif.

    Dalam pada itu, Zulkifli turut menjelaskan bahawa kejayaan inisiatif perintis ini akan dijadikan sebagai model untuk diperluaskan ke lebih banyak lokasi di seluruh negara secara berperingkat, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan kesejahteraan masyarakat.

    Sumber: Instagram PU Riz, Berita RTM

    The post [VIDEO] PU Riz Puji Kelas KAFA Pendidikan Khas: ‘Mereka Mempunyai Semangat Dakwah Tinggi’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah