
Usahawan, Datin Amyera menegaskan wanita dalam video tular sebelum ini bukanlah anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo seperti yang didakwa netizen.
Berdiam diri

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, pemilik nama Fatin Amyera Zainal Abidin itu menjelaskan sebelum ini dia bertindak untuk berdiam diri kerana anaknya sedang sakit.
Pada waktu itu, anak saya tidak sihat dan bapa shahrul baru disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.
Jadi saya tidak mahu keruhkan keadaan, saya masih menghormati ibu dan bapa dia dan saya senyap buat keadaan macam biasa.
Video ini viral ketika anak saya sedang sakit dan warded. Itu memang office lot. Saya tidak pernah tahu tentang tempat itu.
Mungkin Allah nak tunjuk dan saya nak nyatakan disini, perempuan dalam video tu bukan sabronzo. Itu perempuan lain.
Sah bercerai

Sementara itu, Amyera mendedahkan telah bercerai dengan Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.
Amyera meluahkan rasa lega selepas berjaya mengakhiri hubungan yang didakwa toksik selama lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama Shahrul.
Saya bukan lagi isteri kepada shahrul nasrun. Kami telah sah bercerai. Alhamdulillah, akhirnya dapat keluar daripada hubungan toksik Setelah beribu peluang yang saya berikan.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang lelaki masuk.
Bagaimanapun,Sabronzo atau nama lengkapnya, Wan Sabrina Wan Rusli menafikan dakwaan dirinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli politik.





