28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PMX Zahir Simpati Insiden TUDM Di Kuantan, Arah Siasatan Segera!

    Shopee Sale

    Heboh pada 21 Ogos lalu apabila pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

    Insiden ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati kepada juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam insiden di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan), Pahang malam tadi.

    Kenyataan Ringkas PMX Isu Insiden TUDM Di Kuantan

    Dalam kenyataan ringkas di laman sosial X, Anwar turut mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera segera diberikan kesembuhan.

    “Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan,” tulisnya.

    Arah Siasatan Menyeluruh

    Pada masa sama, Anwar mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan dengan segera untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. Beliau juga menegaskan bahawa langkah-langkah keselamatan perlu diberi perhatian serius supaya insiden sebegini tidak berulang pada masa depan.

    MENARIK:  Youtuber Terkenal Ria Ricis Gagal Cerai dan Menuntut Nafkah Anak Setelah Setahun Tak Tinggal Sebumbung

    Kejadian yang berlaku di Pangkalan Udara Kuantan itu nyata menggemparkan ramai, khususnya apabila melibatkan anggota TUDM yang sedang bertugas.

    Orang ramai di ruangan komen turut meninggalkan doa agar kedua-dua anggota terbabit diberi kesembuhan dan kekuatan untuk melalui proses pemulihan.

    The post PMX Zahir Simpati Insiden TUDM Di Kuantan, Arah Siasatan Segera! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah