Seorang peniaga makanan menangis selepas ditawarkan ke Tanah Suci oleh sebuah agensi pengurusan umrah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Betul Orang Cakap, Setiap Umrah Itu Berbeza’ – Diana Rafar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harris Annuar Rasa Solat Tak Sempurna, Dapat Petunjuk Ketika Umrah – ‘Saya Beri Salam & Toleh Pak Cik Tu Hilang’
Ucap syukur
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wakil agensi tersebut terserempak dengan peniaga berkenaan yang sedang menolak troli berisi barangan jualannya.
Mereka kemudian memberitahu bahawa wanita tersebut dipilih oleh agensi berkenaan untuk menunaikan umrah.
Kami datang sini pun sebenarnya atas sebab nak cari asnaf yang layak untuk pergi umrah. Kebetulan Allah gerakan untuk kami parking dekat sini dan nampak kakak.
Tidak dapat menahan air mata, wanita tersebut mengucapkan rasa syukur apabila dilimpahkan dengan rezeki yang tidak sangka-sangka itu.
Tak ada satu manusia pun tak teringin (pergi umrah) bukan? Cuma bezanya mampu atau tidak.
Allahuakbar, rahmat apa yang Allah bagi ni? Sebab saya memang jahil agama, saya baru berjinak-jinak dengan agama.
Saya pun tak tahu (amalan saya), saya terlalu banyak dosa dengan Allah.
Di akhir video, wanita tersebut menelefon ibunya dan meminta restu untuk menunaikan umrah.
Komen netizen

Reaksi wanita itu ternyata telah membuatkan rata-rata warganet berasa sebak selepas melihat air mata wanita tersebut yang tidak henti mengalir kerana rasa syukur.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar wanita berkenaan memperoleh rezeki yang luas.
Sumber: TikTok Ikhlas.com
The post [VIDEO] Peniaga Tengah Tolak Troli Jualan Makanan Menangis Ditaja Umrah – ‘Rahmat Apa Allah Bagi Pada Saya?’ first appeared on OHBULAN!.



Ayuh bantu kami dalam misi pencarian ramai lagi asnaf untuk merealisasikan impian mereka ke tanah suci. Adakah anda mengenali seseorang yang:
Fakir atau miskin?
Jika anda sendiri merasakan layak menjadi calon penerima tajaan umrah, daftar segera! Semak posting di feed kami untuk mengetahui cara penyertaan. Jom jadi asbab mereka dijemput ke Baitullah!
Sebarkan mesej ini
Calonkan insan terpilih
Kongsi peluang pahala
Klik pautan di bio kami untuk mendaftar! Semoga usaha kecil kita membawa keberkatan besar buat mereka yang memerlukan
#TetamuJemputanAllah #ikhlasumrah1000asnaf #ikhlasumrah #fyp #malaysia 

