Aplikasi gaya hidup Islam terkemuka di bawah REV Media Group (REV), Waktu Solat Malaysia terus memperkukuh peranannya sebagai rujukan digital umat Islam dengan memperkenalkan langganan tanpa iklan (No-Ads Subscription) dan ciri artikel dalam aplikasi (In-App Article).
Artikel Berkaitan: REV Media Group Kini Miliki The Vocket Sepenuhnya
Artikel Berkaitan: REV Media Group Meneruskan Cabaran ‘Real Atau AI’, Bantu Bezakan Kandungan Asli & Janaan AI
Tanpa iklan

Inisiatif ini hadir sempena Ramadan 2026 dan hasil maklum balas pengguna yang mahukan pengalaman aplikasi yang lebih lancar, selamat serta fokus kepada keperluan rohani tanpa gangguan iklan.
Menerusi kemas kini terbaharu di App Store dan Play Store, pengguna boleh melanggan pelan tanpa iklan secara bulanan dengan hanya RM9.90 atau suku tahun (3 bulan) dengan RM28 (RM9.33/bulan berbanding RM45) atau pun secara tahunan iaitu RM108 (RM9/bulan berbanding RM180).
Langganan boleh dibuat dengan mudah melalui pelan rangkaian telefon bimbit, FPX, e-dompet, kad kredit/debit serta perbankan DuitNow.
Selepas melanggan, pengguna boleh menikmati akses tanpa gangguan kepada pelbagai ciri utama aplikasi termasuk waktu solat, al-Quran, arah kiblat, tasbih harian, doa harian, panduan solat dan zikir semuanya tanpa iklan.
Lebih menarik, pelanggan turut menerima akses percuma ke platform penstriman Tonton tanpa iklan, merangkumi drama eksklusif, filem dan program TV keluaran Media Prima (TV3, TV9, 8TV), saluran premium (TVN, Animax, GEM) serta kandungan Korea.
Pengurus Program OTT, REV, Safwan Rahim berkata, langkah memperkenalkan pilihan tanpa iklan itu diambil selepas pihaknya mengambil kira maklum balas daripada pengguna platform berkenaan.
Menurutnya, ramai pengguna menyuarakan kebimbangan terhadap kewujudan iklan yang kadangkala mengganggu pengalaman menonton serta boleh menimbulkan kekeliruan terhadap kandungan yang dipaparkan.
Kami mendengar maklum balas pengguna, terutamanya berkaitan iklan yang mengganggu yang menyebabkan kekeliruan dan kadang-kadang menimbulkan syak wasangka kandungan yang tidak sesuai.
Dengan pilihan tanpa iklan ini, kami menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan fokus kepada semua pengguna kami.
Dengan pelancaran ini, kami berhasrat meningkatkan pengalaman pengguna, memastikan keperluan rohani, pendidikan dan hiburan mereka dipenuhi dalam persekitaran selamat tanpa iklan.
Ciri ini memudahkan pengguna mengakses pelbagai kategori artikel menarik merangkumi panduan ibadah, berita Islam, persoalan hukum, inspirasi serta gaya hidup Islam semuanya hanya di hujung jari tanpa perlu mencari di tempat lain
Waktu Solat Malaysia turut memperkenalkan ciri artikel dalam aplikasi (In-App Article), membolehkan pengguna membaca sebahagian artikel terus di dalam aplikasi. Untuk bacaan penuh, pengguna akan ditujukan terus ke portal rasmi http://www.waktusolat.digital.
The post Teman Digital Ramadan: Waktu Solat Malaysia Perkenal Langganan Tanpa Iklan & Artikel Dalam Aplikasi first appeared on OHBULAN!.





