27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kongsi ‘Foto Hari Raya Paling Menarik’ Dapat Duit RM500! Detik Istimewa Aidilfitri Bakal Terpapar Di Papan Iklan Big Tree

    Shopee Sale



    ‘Foto Hari Raya Paling Menarik'

    Big Tree Outdoor, peneraju pasaran industri pengiklanan luaran di Malaysia yang juga anak syarikat milik Media Prima Berhad, dengan bangganya mengumumkan pelancaran kempen ‘Foto Hari Raya Paling Menarik’.

    ‘Foto Hari Raya Paling Menarik’

    ‘Foto Hari Raya Paling Menarik'

    ‘Foto Hari Raya Paling Menarik’ merupakan sebuah kempen interaktif yang menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi detik-detik istimewa Hari Raya mereka di papan iklan digital luar (DOOH) Big Tree di sekitar Lembah Klang.

    Kempen ‘Foto Hari Raya Paling Menarik’ ini berlangsung dari 17 Mac hingga 13 April 2025.

    Seiring dengan slogan “Kongsikan kenangan, Kongsikan rezeki”, kempen #FotoHariRayaBigTree mencerminkan erti sebenar Hari Raya iaitu berkongsi, mengambil berat dan memupuk masyarakat penyayang.

    Dengan mengalu-alukan khalayak ramai untuk menghantar gambar Raya mereka paling bermakna, kempen ini menggunakan skrin DOOH sebagai medium untuk menyemarakkan rasa perpaduan dan meraikan keceriaan di Hari Raya bersama rakyat Malaysia.

    Bersempena dengan sambutan Hari Raya yang mulia ini, setiap pemenang bukan sahaja dapat melihat gambar raya mereka di papan iklan Big Tree, tetapi juga akan menerima duit raya berjumlah RM500.

    Selain itu, RM200 akan turut didermakan ke ‘Media Prima-NSTP Humanitarian Fund’ di atas nama pemenang.

    Kegembiraan menyambut Aidilfitri

    ‘Foto Hari Raya Paling Menarik'

    Inisiatif ini bukan sahaja menyerikan sambutan Aidilfitri, malah menyemarakkan rasa empati dan kesedaran tentang kebaikan membantu sesama insan dan sekali gus memperkukuhkan nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita.

    MENARIK:  Qistina Raisah Bangga Dapat Beli Kereta Toyota Yaris Guna Duit Sendiri

    Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Stephanie Wong, berkata, pihaknya mahu memberikan senyuman dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia yang menyambut Aidilifitri.

    Hari Raya bukanlah sekadar perayaan, tetapi ia juga mengajar kita untuk berkongsi, kebahagiaan dan memberi semula kepada masyarakat.

    Melalui kempen ini, kami berharap agar skrin DOOH kami dapat memberikan senyuman dan rasa kebersamaan kepada orang ramai sambil menyumbang kepada yang memerlukan.

    Saya tidak sabar untuk melihat wajah ceria rakyat Malaysia bergaya dengan baju Raya mereka!

    Saya teruja melihat wajah-wajah keceriaan mereka di skrin kami dan saya dapat rasakan seolah-olah seperti saya sedang meraikan Hari Raya bersama mereka.

    Saya berharap perasaan ini turut dirasai oleh semua rakyat Malaysia apabila mereka melihat skrin kami.

    Terpampang dua minggu

    Big Tree Outdoor

    Foto-foto pemenang akan dipaparkan di skrin DOOH Big Tree selama dua minggu, iaitu dari 17 hingga 30 April 2025.

    Kempen ‘Foto Hari Raya Paling Menarik’ ini juga selari dengan tema #IndahkanMemori Ramadan Raya 2025 oleh Media Prima Berhad yang menggalakkan keluarga untuk menghayati semangat perayaan dan mencipta kenangan indah yang berkekalan sepanjang hayat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah