29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Aziz Bersikeras Tidak Meminta Perceraian – ‘Bella Masih Dalam Hatiku’

    Shopee Sale



    aliff

    Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, aktres Bella Astillah.

    Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Aliff semasa sebutan kedua cerai talak di hadapan hakim syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

    Masih sayang Bella

    aliff

    Aliff, 33, ketika disoal hakim syarie berkata, perceraian bukan satu keputusan yang boleh difikirkan dalam satu tempoh yang singkat.

    Ini bukan satu keputusan yang boleh difikirkan dalam satu hari. Saya perlukan masa.

    Saya tidak bersetuju (untuk bercerai dengan Bella Astillah). Saya masih sayangkan Bella.

    Selain itu, hakim syarie juga menetapkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

    Bella melantik kakak angkatnya iaitu Roslinda manakala Aliff melantik ibunya Siti Hafiza untuk prosiding JKP.

    Perbicaraan JKP seterusnya ditangguhkan kepada 4 Jun.

    Untuk rekod, Bella menfailkan permohonan cerai pada 11 Mac di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Netizen Terharu Melihat Ibu Bella Astillah Menangis Ketika Mendedahkan Kecurangan Aliff Aziz - 'Jangan Hina Kedua Pihak dengan Menyebarkan Kenyataan Negatif'

    Pada Rabu, Bella mendedahkan Aliff pernah meluahkan hasrat untuk berpisah secara baik pada sekitar Februari lalu.

    Bella berkata, dia terkejut dengan permintaan tersebut kerana rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

    " data-video-id="7353878831939210504" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Replying to @NurJannah Aliff Aziz tidak mahu bercerai demi untuk menyelamatkan rumah tangga. # #fyp #news #aliffaziz #mahkamah

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah