Usahawan, Haliza Maysuri tampil memberikan pandangannya mengenai sikap segelintir individu yang gemar mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Kongsi Suami Hadiahkan Jambangan Bunga Swarovski Untuk Anak – ‘Tidak Layu Dimamah Waktu, Seperti Kasih Sayang Papa’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Berniaga Dengar Cakap Orang Susah Nak Maju’ – Haliza Maysuri
Haliza Maysuri titip nasihat

Menerusi hantaran di Threads, Haliza menasihati orang ramai agar tidak menjadikan masalah rumah tangga individu lain sebagai bahan perbualan di media sosial.
Rumah tangga orang bukan bahan hiburan kita.
Ingat, kita juga ada keluarga, suami, isteri, anak-anak dan cucu. Hari ini kita seronok membaca, mengulas dan mentertawakan ujian orang. Esok lusa, siapa tahu Allah uji keluarga kita pula. Nauzubillah.
Dalam pada itu, dia menitipkan pesan supaya setiap individu berhati-hati dalam memberikan komen terhadap ujian hidup yang dilalui orang lain, apatah lagi sehingga mengaibkan pihak terlibat.
Jangan jadikan penderitaan orang sebagai hiburan dan aib orang sebagai bahan mencari perhatian.
Tak semua yang kita tahu perlu kita cerita, tak semua yang kita baca perlu kita sebarkan.
Sebelum ini, isu tindakan segelintir individu yang gemar berkongsi masalah rumah tangga dan mendedahkan hal peribadi di media sosial turut menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen.
Sumber: Threads
The post ‘Rumah Tangga Orang Bukan Bahan Hiburan Kita, Jangan Tertawakan Ujian Mereka’ – Haliza Maysuri first appeared on OHBULAN!.





