Pasukan yang bertanggungjawab menggali semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina berkongsi pengalaman luar biasa apabila mendapati jenazah remaja itu masih dalam keadaan utuh dan sempurna, meskipun sudah 23 hari dikebumikan.
Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: ‘Che Ta Berani Bersuara, Tuntut Keadilan Secara Terbuka’
Artikel Berkaitan: ‘Kubur Arwah Perlu Digali Semula, Saya Mahu Tahu Punca Sebenar Kematian’ – Ibu Zara Qairina
Mengalirkan air mata

Menurut salah seorang daripada ahli pasukan penggali, mereka telah bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk menjangkakan keadaan jenazah yang mungkin sudah tidak sempurna.
Namun, sebaik selesai menggali, mereka terkejut dan tergamam apabila melihat keadaan jenazah masih elok, seolah-olah baru sahaja dikebumikan.
Kalau ikut logik, jenazah mungkin sudah berada dalam keadaan tidak sempurna kerana telah 23 hari dikuburkan.
Ketika diberi taklimat oleh pihak forensik pun, mereka maklumkan bahawa keadaan jenazah kemungkinan besar tidak sempurna.
Kami juga diminta untuk mengambil apa sahaja yang dijumpai sama ada tulang, cebisan kulit mahupun kain dan membungkusnya semula.
Namun, Allah menunjukkan kekuasaan-Nya. Kami yang berada di khemah ketika itu tidak ramai, namun cukup untuk menitiskan air mata melihat jenazah dalam keadaan utuh. Tiada kerosakan, kain kafan masih sempurna.
Lebih mengejutkan, mereka turut memaklumkan bahawa tiada sebarang bau tidak menyenangkan dikesan meskipun tidak memakai pelitup muka.
Secara logik, jika sudah lebih tiga minggu, pasti ada bau yang tidak menyenangkan. Tapi kami langsung tidak menghidu apa-apa yang pelik.
Difahamkan, Allahyarhamah Zara Qairina merupakan seorang remaja yang sangat menitikberatkan soal ibadah dan pemeliharaan aurat.
Sejak di bangku sekolah rendah, seawal darjah tiga, Zara dikatakan sangat menjaga solat dan menutup aurat dengan sempurna. Dia juga sering berpesan kepada rakan-rakan agar tidak meninggalkan solat.
Pada 31 Julai lalu, polis telah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk tiga individu dengan nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’.
Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.
Video
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Pasukan Penggali Cerita Momen Gali Kubur Zara Qairina, Kain Kafan Sempurna & Tidak Berbau – ‘Kami Menitiskan Air Mata’ first appeared on OHBULAN!.





