
Penampilan pempengaruh media sosial Andika Putera sekali lagi meraih perhatian netizen yang dilihat segak bergaya hanya untuk ke bazaar Ramadan.
Pakaian tak sesuai
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, penampilan Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera Salleh menjadi perbualan hangat di media sosial.
Difahamkan, netizen kurang senang melihat Andika berbusana sut lengkap di bazaar Ramadan.
Selain itu, warganet turut bersimpati dengan isterinya, Dr Amalina yang kerap memakai pelitup muka atau ‘face mask’ apabila di khalayak ramai.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan pakaian dan beg yang digayakan Andika untuk ke bazaar. Selain itu, terdapat juga warganet yang memohon orang ramai untuk berhenti menganggu pempengaruh berusia 28 tahun itu.





