30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pak Nil Pernah Ditegur Allahyarham Pak Lah Ketika Bergelar Wartawan – ‘Dia Cakap Lembut Saja Dengan Saya’

    Shopee Sale



    Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi sebak apabila mengenang momen bersama mantan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Aznil sebak

    " data-video-id="7493518063518764295">
    @datukaznil “Pak Lah saya dah pandai” • Maaf perkongsian Paknil ini mungkin kecil bagi korang tapi besar buat Paknil. #malaysiabersedih ? original sound – Aznil

    Menerusi segmen pagi di konti Kool 101, Aznil yang mesra disapa Pak Nil mendedahkan dia sempat berbisik pada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bertemu di Bertam Resort.

    Bila dia sampai, saya lihat keadaan Tun ketika itu dia hanya memandang pada satu sudut saja.

    Saya ada bisikkan sedikit pada Tun.

    Saya beritahu Tun saya dah pandai.

    Sebab dulu masa saya jadi wartawan, saya pernah menemu bual Tun.

    Dan soalan saya ketika itu dianggap kurang bijak dan Tun tidak gemar dengan soalan yang diajukan.

    Tun tahan saya selepas sesi temu ramah. Dia cakap lembut saja dengan saya.

    Tun tegur saya, dia cakap ‘kenapa tanya soalan tak bijak macam itu?’.

    Titik pengenalan

    Dalam pada itu, Pak Nil memaklumkan bahawa momen itu merupakan titik permulaan Allahyarham Pak Lah mengenali dirinya.

    Saya rasa malu bila ditegur Tun ketika itu.

    Ada satu ketika, saya mengacarakan rancangan Anugerah Seri Angkasa, dan Tun adalah Perdana Menteri ketika itu.

    Tun ingat saya. Dia cakap dengan semua orang bahawa saya orang yang pertama menegurnya sebagai wartawan.

    Tun puji saya, dia cakap saya seorang pengacara hebat di atas pentas.

    Pada perkongsian itu, Pak Nil didengari tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi momen terindah bersama Allahyarham Pak Lah.

    MENARIK:  [VIDEO] Luang Masa Berdua Sebelum Bergelar ‘Ayah’, Imran Luah Rasa Sayang Pada Dahlia – ‘Setiap Hari Saya Jatuh Cinta’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah