34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Orang Yang Tidak Solat Lebih Jahat Daripada Iblis’ – Ustaz Azhar Idrus

    Shopee Sale

    Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkongsi tentang besarnya dosa bagi individu yang sengaja meninggalkan solat fardu.

    Dosa besar kalau tak solat

    " data-video-id="7566112290999684360" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @bakhaljenazah

    ♬ original sound – Bakal Jenazah – ️

    Menerusi video yang tular di TikTok, Azhar Idrus menjelaskan bahawa meninggalkan solat adalah satu bentuk keingkaran yang meletakkan seseorang itu lebih rendah daripada Iblis.

    Ingat, orang yang tidak sembahyang lebih jahat daripada iblis

    Iblis ni bukan tak mahu sujud kepada Allah, dia hanya tak mahu hormat kepada Nabi Adam.”

    Jadi orang yang tak mahu sembahyang, dia lebih teruk dari iblis.

    Azhar Idrus turut menekankan bahawa dosa meninggalkan solat mempunyai implikasi besar bukan sahaja di akhirat, malah dalam kehidupan di dunia.

    Jelasnya lagi, seorang bapa yang meninggalkan solat akan hilang kelayakannya untuk menjadi wali nikah bagi anak perempuannya.

    Dosa tak sembahyang ini besar. Di dalam dunia, dia tidak boleh menjadi wali nikah anaknya nanti.

    Azhar Idrus menyifatkan perbuatan meninggalkan solat sebagai satu bentuk penderhakaan terhadap Allah SWT secara terang-terangan.

    Kerana dia sanggup canggah ataupun bangkang Allah Taala. Allah yang cipta dia, Allah yang beri dia makan.

    Allah beri dia pinjam dunia ni kepada dia, Allah bagi dia kehidupan, kesihatan, dia tak mahu sembahyang.

    Maka dia canggah, dia lawan Allah. Orang yang lawan Allah, jangan kita percayai.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Orang Yang Tidak Solat Lebih Jahat Daripada Iblis’ – Ustaz Azhar Idrus first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah