
Pelakon baharu dan usahawan Nurin Afiqah meraih perhatian selepas dilihat menjadi contoh kepada masyarakat agar bertanggungjawab dengan sepah sisa makanan apabila berada di tempat awam.
Kemas sepah anak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nurin difahamkan menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri pelakon, Nina Smith bersama keluarga kecilnya.
Pada perkongsian itu, Nurin dilihat mengemas sepah sisa makanan anaknya yang baru mencecah usia satu tahun.
Bila masih mahu bawa anak pergi majlis.
Mereka tidak selamanya akan sebegini, jadi tak mengapa.
Patut dicontohi




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang pernah berpengalaman menjadi pelayan memuji sikap Nurin yang memudahkan urusan pekerja di restoran. Selain itu, warganet turut berharap agar ‘common sense’ ini dapat dinormalisasikan ketika berada di tempat awam.





