
Pernah gagal dalam percintaan bukan penghalang bagi penyanyi Amira Othman untuk berhenti mencari cinta sejati.
Dugaan bercinta
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, akui tidak merajuk dengan perancangan tuhan.
Menurutnya, segala yang terjadi pasti sudah ditetapkan oleh tuhan buatnya.
Tiada orang tahu ujian dalam percintaan saya.
Saya ada ujian saya sendiri tapi mungkin saya tidak suka bercerita.
Banyak benda saya tidak kongsi tapi tidak bermaksud saya tidak melaluinya.
Tuhan dah tahu dah apa yang dia nak bagi, apa dia nak ambil.
Saya tidaklah putus asa atau merajuk.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu akui enggan berkongsi secara terperinci kisah hidup walaupun dirinya merupakan salah seorang anak seni.
Sisi baru

Berkongsi lebih lanjut, Amira menjelaskan lirik lagu barunya mengenai perkahwinan hanya sekadar nukilan dan tiada sebarang kisah peribadi yang dikaitkan.
Saya cuma ingin menyampaikan karya yang berlainan sisi sikit.
Lirik itu hanya nukilan, tiada maksud peribadi.
Tapi memang sangat dekat dengan saya.
Setiap kali dapat soalan ‘bila nak kahwin?’, saya betul-betul tak tahu nak jawab apa.





