28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nubhan Sengaja Tidak Ambil Tahu Jumlah Wang Syarikat, Elak Jadi Hamba Duit

    Shopee Sale

    Penyanyi dan usahawan, Nubhan memilih untuk tidak mengambil tahu jumlah wang dalam akaun syarikatnya kerana tidak mahu terlalu taksub atau diperhambakan oleh wang.

    Artikel Berkaitan: ‘Kali Pertama Diceraikan Ketika Saya Hamil Enam’ – Isteri Nubhan Akui Masih Sayangkan Keluarga

    Artikel Berkaitan: ‘Nubhan Pernah Lafaz Cerai Pertama Pada 2017 & Telah Rujuk Tapi Tak Didaftarkan’ – Peguam

    Jumlah duit

    Menerusi potongan klip daripada podcast Studio Sembang, pemilik nama Ahmad Nubhan Haji Ahamad, 39, berkata perkara itu dibuat mahu mengelakkan dirinya terlalu kerap memikirkan soal wang.

    Sebenarnya saya pun tidak tahu berapa jumlah duit yang ada dalam syarikat saya.

    Saya cuma tahu bila audit ‘tolong jangan beritahu saya berapa yang ada’.

    Saya tidak mahu tahu, kalau tahu berapa jumlahnya saya akan fikir tentang duit saja. Memang akan jadi hamba duit.

    Mengulas lanjut, Nubhan menegaskan rezeki harus dijemput dengan usaha dan tawakal, bukan dikejar tanpa arah.

    Sebagai contoh kalau ada yang memerlukan bantuan dan tahu jumlah duit nanti akan terfikir duit akan berkurang.

    Kita akan jadi berkira dan tujuan kita nanti akan bertukar kepada duit saja. Bagi saya duit bukan untuk kita nak kejar, duit itu kita kena jemput.

    Rezeki kena jemput. Jatuh pun Allah bagi, bangun pun Allah bagi. Bukan sebab siapa-siapa. Kita manusia tiada apa-apa.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  Bella Astillah Dikagumi untuk Sikap Profesional, Ruhainies Menyentuh Suami Kawan Baik Sendiri Menimbulkan Tanda Tanya

    The post [VIDEO] Nubhan Sengaja Tidak Ambil Tahu Jumlah Wang Syarikat, Elak Jadi Hamba Duit first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah