25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Noor Kartini Perjelas Hantaran Di IG Tentang Orang Ketiga – ‘Mungkin Ada Yang Salah Faham’

    Shopee Sale



    Ibu kepada usahawan dan selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini tampil menjelaskan tentang hantaran berkenaan isu rumah tangga yang dimuat naik di sosial media.

    Penjelasan Noor Kartini

    noor kartini

    Menerusi perkongsian kenalan rapat Kartini iaitu Rosix Ahmad di Instagram Story (IGs), dia memberitahu bahawa ramai yang menyalah anggap berhubung hantaran tersebut.

    Kartini atau nama lengkapnya Noor Kartini Noor Mohammed kemudian menegaskan hantaran berkenaan bukan merujuk kepada rumah tangganya.

    Mungkin orang salah faham, yang saya kata kadang syaitan berupa manusia cuba ganggu kebahagiaan orang itu sebenarnya bukanlah rumah tangga saya.

    Ini tak ada kena mengena dengan saya langsung. Tak ada (penyondol).

    Banyak kisah curang

    Menurut usahawan berusia 58 tahun itu, hantaran tersebut dikongsikan berikutan dia mendengar terlalu banyak kisah-kisah curang yang berlaku ketika ini.

    MENARIK:  Syafiq Yusof Jadi Saksi Kes Buli Di Set Penggambaran – ‘Pihak Produksi Bertanggungjawab Untuk Menyelesaikan’

    Dalam masa yang sama, Kartini juga mengucap rasa syukur kerana tidak pernah diganggu orang ketiga sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama suami.

    Ini adalah kenyataan secara umum, sebab banyak kisah curang. Orang tu sudah bahagia duduk elok-elok kenapa kau nak pergi kacau?

    Syukur Alhamdulillah sudah hampir 30 tahun berkahwin saya Allah jaga.

    Terdahulu, Kartini memuat naik perkongsian yang bertajuk ‘Penyebab Suami Tawar Hati’, ia menyentuh tentang bahaya apabila salah seorang pasangan iaitu suami atau isteri mula berasa bosan dan menyesal berkongsi hidup bersama.

    Kartini turut menambah pandangannya sendiri dengan menyatakan bahawa pihak ketiga juga boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah