Penampilan penyanyi rap dan anggota kumpulan K-Clique, Noki dalam sebuah video yang dikongsikan oleh penyanyi Zaki Yamani di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Noki Kongsi Berat Badan Susut 15 Kilogram Kerana Tuntutan Watak – ‘Ramai Cakap Saya Sesuai Dengan Berat Sekarang’
Noki disangka Fad

Dalam video berkenaan, Zaki dan Noki dilihat menari santai melakukan konten. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah perubahan fizikal Noki yang kelihatan semakin kurus.
Akibat perubahan tersebut, ramai warganet tersilap dan menyangka Noki adalah pelawak dan pelakon, Fad Bocey.
Ruangan komen video itu dibanjiri pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang keliru dengan wajah Noki yang disifatkan seiras Fad.
Weh aku ingat Fad Bocey.
Aku terlintas nak cakap benda sama, macam Fad Bocey.
Noki rupanya, ingatkan Fad la siak.
Dalam pada itu, tidak kurang juga yang mengatakan Noki kelihatan semakin tampan dengan bentuk fizikalnya yang kini semakin kurus.
Sebelum ini, dalam satu temu bual, penyanyi asal Sabah itu menafikan dakwaan berat badannya susut kerana masalah kesihatan, namun sebaliknya hanya memenuhi tuntutan kerja.
Sekitar Ogos lalu, Noki berkata, berat badannya susut sebanyak 15 kilogram (kg) menjadikan berat terkininya adalah 75 kg.
Video
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Noki Rupanya, Ingatkan Fad Bocey’ – Netizen first appeared on OHBULAN!.





