
Pelakan dan usahawan Atikah Suhaime meraih perhatian netizen apabila dilihat berpantang menggunakan cara tradisional.
Berpantang
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, dilihat bersama ‘confinement lady’ atau CL sedang membantunya memakai bengkung.
Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Lokman Teh sempat berseloroh mengatakan badannya seperti pelakon jelita Rozita Che Wan setelah memakai bengkung.
Bila dah pakai bengkung, rasa macam Rozita Che Wan pulak.
Cantik badan.
Seronok bila ‘diratukan’




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ibu kepada Lyla Mulan Teh itu yang masih mengamalkan tradisi lama untuk kembalikan bentuk badan seperti dahulu. Selain itu, warganet tumpang gembira melihat proses berpantang Atikah yang dibantu CL secara tidak langsung menjaga mental daripada ‘angin meroyan’.





