33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Pertikai Mee Segera ‘Seafood’ Tepi Jalan Dijual Dengan Harga RM20 – ‘Kalau Buka Premis Berapa Pula Korang Caj?’

    Shopee Sale



    Seorang pengguna aplikasi X mencuri perhatian apabila menyiar semula (repost) satu video memaparkan perniagaan makanan jenis mee segera yang dijual di tepi jalan.

    Harga mee segera RM20

    " data-video-id="7471223469418581255">
    @bestfoodmy RM20 Maggie Seafood!?? [email protected] Maggie Malam, behind Caltex Setiawangsa ?7pm – sold out ? @Aisyah ? original sound – Best Food Malaysia

    Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang peniaga sedang menyediakan mee segera yang dijualnya di tepi jalan.

    Peniaga tersebut kemudiannya meletakkan beberapa makanan tambahan laut seperti udang, sotong dan telur sebelum diberikan kepada pelanggannya.

    Apa yang mengejutkan rata-rata netizen ialah mee segera tersebut dijual dengan harga RM20.

    Harga sebuah kemalasan

    Pengguna aplikasi yang dikenali sebagai @pickyhn kemudiannya tampil mempertikai harga mee segera yang dikenakan oleh peniaga tersebut kepada pelanggan.

    MENARIK:  Isteri Pertama Abang Tesla Sudah Hilang Sabar Dengan Perangai Madu? – ‘Aku Tak Mandul, Kau Ganggu Proses IVF & Menghina Aku’

    Menurut individu tersebut, harga tersebut boleh dikategorikan sebagai tidak masuk akal memandangkan ia dijual di tepi jalan.

    Kedai pacak khemah tepi jalan pun dah jual RM20.

    Kalau dah buka premis fizikal nanti nak caj berapa pula?

    Ciapan yang dibuat individu tersebut kemudiannya menjadi perbualan dalam kalangan netizen di ruangan komen.

    Ada di antara mereka bersetuju dengan pendapat @pickyhn malah ada juga yang tidak bersetuju dan berpendapat bahawa harga tersebut setanding dengan bahan basah yang digunakan peniaga tersebut.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah