33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Pertama Abang Tesla Sudah Hilang Sabar Dengan Perangai Madu? – ‘Aku Tak Mandul, Kau Ganggu Proses IVF & Menghina Aku’

    Shopee Sale



    Abang Tesla

    Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina oleh keluarga madunya, Nursyafiqa Mohd Hanafi.

    ‘Lama berdiam’

    Abang Tesla

    Sudah lama berdiam diri dan menahan sabar, Nurmajdina menerusi hantaran di Instagram Story berkata, segala pengorbanan yang dilakukan selama ini tidak dihargai.

    Saya lebih lama diam, bertahun. Tapi tak dihargai apatah lagi hormat. Mereka (pihak madu) semakin melampau menghina.

    Tidak apa pun kalau saya pertahankan seorang diri, Allah ada.

    Menerusi hantaran sama, Nurmajdina turut memuat naik tangkapan skrin layar memaparkan mesej seorang individu yang mendakwa sudah lama perasan dengan sikap Abang Tesla yang lebih menyebelahi isteri keduanya.

    Sedih tengok story Abang Tesla, macam pertahankan yang sana. Dari live hari itu nampak sangat Abang Tesla lagi takut dengan yang sana (isteri kedua).

    Sekarang dah faham kenapa kak Maj (Nurmajdina) lebih tegas dan lebih pertahankan diri sendiri.

    Takpe Allah ada, semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk kak Maj.

    ‘Tak mandul’

    Abang Tesla

    Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Nurmajdina menegaskan dirinya tidak mandul seperti mana didakwa segelintir pihak.

    Aku bukan mandul tak boleh bagi pewaris, korang ganggu proses IVF aku berkali-berkali. Kau dah ganggu rumah tangga aku, kau bawa kaum kau ganggu mental aku.

    Lebih setahun aku dan tak kongsi apa-apa, tapi kau punya kaum ayat masing-masing macam aku ni mandul. Pewaris aku ramai Allah jaga di Syurga, alhamdulillah.

    Terdahulu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 29, mengumumkan sudah bernikah sekali lagi dengan wanita bernama Nursyafiqa pada Ogos tahun lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Terharu Suami Hadiahkan Gelang Emas Di Makkah – ‘Maafkan Saya Yang Masih Gagal Jadi Isteri Terbaik’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah