26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Persoal Aslam Tak Kerja Pejabat, Umisya ‘Backup’ Suami – ‘Sejak Tahun 2016 Sudah Mula Berniaga’

    Shopee Sale

    Pasangan personaliti media sosial, Ahmad Aslam dan Umisya Mazlan menjawab persoalan netizen tentang perniagaan yang mereka lakukan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam Tulis Surat & Beri Sejambak Bunga, Hargai Isteri Pertama Sebagai Tulang Belakang – ‘Saya Cuba Untuk Bahagiakan Awak’

    MENARIK:  Video: Zhiddin Aziz Menerangkan Maksud Lagu 'Alamak Raya Lagi' Tanpa Peninggalan Hina Agama

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ahmad Aslam Pertahan Isteri Pertama – ‘Saya Pun Tidak Faham Kenapa Umisya Dikecam’

    Perniagaan bersama

    " data-video-id="7557384009299266823" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @mesyalovebackup

    Mereka dh lama berniaga sama-sama ye 📝 #umisyamazlan #aslam #fypp #berandatiktok #couplestiktok

    ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

    Menerusi sesi siaran langsung, Aslam berkongsi komen yang ditinggalkan oleh salah seorang warganet berkenaan pekerjaannya.

    Suami kakak ni (Aslam) tak ada kerja yang duduk di pejabat ke?

    Umisya kemudian menjawab komen tersebut dengan menjelaskan bahawa dia dan Aslam menjalankan perniagaan bersama sejak dahulu lagi.

    Kami dari zaman 2016 sudah mula berniaga.

    Di butik inilah pejabat kami dan tempat berniaga.

    Tapi Aslam tidaklah duduk sahaja, dia bekerja bersama saya. Aslam pun asalnya berniaga juga.

    Bercerita lanjut, Umisya berkata, keluarganya juga mempunyai latar belakang sebagai usahawan dalam bidang pakaian dan fesyen.

    Umur saya 17 tahun iaitu selepas balik dari Mesir saya dah mula berniaga. Saya ke Mesir semasa usia 15 tahun, kemudian balik ke Malaysia untuk ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

    Sambil SPM, sambil sambung diploma pun saya berniaga. Keluarga saya daripada ibu dan nenek semuanya berniaga juga.

    Banyak pengalaman dah.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mempertahankan pasangan tersebut kerana mereka sudah lama menjalankan perniagaan.

    Dalam masa yang sama, warganet juga menyifatkan Umisya sebagai seorang wanita yang bijak berikutan pernah melanjutkan pelajaran di luar negara.

    Untuk rekod, Aslam mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020. 

    Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023, sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, Nuh, dan Haya.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Netizen Persoal Aslam Tak Kerja Pejabat, Umisya ‘Backup’ Suami – ‘Sejak Tahun 2016 Sudah Mula Berniaga’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah