30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nasir Bilal Khan Tak Fikir Isu Relevan, Risau Dipersoal Dengan Watak Tak Beri Manfaat – ‘Glamour Ini Tiada Apa Pun’

    Shopee Sale



    Pelakon versatil, Nasir Bilal Khan akui memilih dalam menerima sebarang tawaran lakonan untuk elak dipersoal di akhirat kelak.

    Masih relevan ke?

    Kata aktor berusia 64 tahun itu, dia  tidak memikirkan mengenai relevan atau tidak.

    Menurut Nasir, dia lebih menitikberatkan tanggungjawabnya kepada masyarakat dalam membawa sebuah watak.

    Saya tak fikir masih relevan ke tidak.

    Kita fikir tanggungjawab, itu saja.

    Setiap manusia itu ada peranan.

    Pada saya, glamour ini semua biasa saja, tiada apa pun.

    Yang penting, tanggungjawab pada masyarakat.

    Apa yang saya nak tahu, tawaran yang diberi itu memberi manfaat atau tidak kepada masyarakat.

    Sebab itu apa yang saya nak jawab dengan Allah nanti.

    Berkongsi lebih lanjut, aktor yang popular dengan watak Tok Adi tersebut menekankan matlamat hidup setiap insan adalah mati.

    MENARIK:  Difitnah Ambil Dadah, Puteri Balqis Pertahankan Maruah Diri & Keluarga – ‘Kami 100% Normal’

    Nasir berkata demikian ketika ditemui , di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu.

    Perkembangan selain berlakon

    Dalam perkembangan terkini, Nasir memberitahu bahawa kini dia sedang mempelajari ilmu susunan alam.

    Saya buat kerja yang saya namakan susunan alam.

    Maksudnya, menyusun alam ini sebab sekarang kita dah tersalah susun.

    Sepatutnya kita sebagai khalifah di muka bumi ini, tugas kita adalah untuk mengkaji alam.

    Walau bagaimanapun, pelakon drama Tanah Kubur tersebut enggan berkongsi lebih lanjut kerana susah untuk difahami secara bercerita.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah