30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Qadejah Alami Sakit Dada & Sukar Bernafas, Shahida Minta Doa Orang Ramai – ‘Platelet Darah Dia Rendah’

    Shopee Sale

    Usahawan, Datin Seri Shahida berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya, Qadejah, mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Shahida Kongsi Jatuh Bangun Dunia Perniagaan – ‘LHDN Puluhan Juta, Akaun Bank Dibekukan’

    Artikel Berkaitan: Ramai Pelik Bila Bercuti Saya Masih Buat Live, Sebenarnya Dah Jadi Kebiasaan’ – Shahida

    Qadejah masuk hospital

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Shahida memaklumkan bahawa Qadejah mengadu sakit dada pada waktu malam selain berdepan kesukaran untuk bernafas. 

    Susulan itu, dia segera membawa Qadejah ke hospital untuk rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati tahap platelet dalam darah anaknya itu berada pada paras yang sangat rendah. 

    Qadejah mengadu sakit dada malam tadi nak bernafas susah. Mama kalau anak sakit ni takde tangguh tangguh, hati jadi risau fikir bukan bukan. 

    Sampai je hospital doktor check darah platelet darah dia rendah sangat. Ada kemungkinan. Dah 3 kali ambil darah platelet masih rendah. Risau mama dibuatnya. 

    Dalam masa sama, Shahida memohon doa daripada orang ramai agar Qadejah dijauhkan daripada sebarang penyakit yang tidak diingini. 

    Minta doa semua ya agar Qadejah cepat sembut dan dijauhkan dari penyakit yang tak sepatutnya. 

    Ni nak buat apa pun tak jadi. Hati mak ni kalau anak sakit lain rasa dia.

    Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat serta mendoakan Qadejah diberi kesembuhan.

    MENARIK:  Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’

    Sumber: Instagram Datin Shahida

    The post Qadejah Alami Sakit Dada & Sukar Bernafas, Shahida Minta Doa Orang Ramai – ‘Platelet Darah Dia Rendah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah