Pelakon Puteri Balqis menempelak tindakan seorang pengguna media sosial yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap diri dan keluarganya.
Balqis nafi ambil bahan terlarang

Menerusi siri hantaran di Instagram Story miliknya, Balqis berang selepas dia dan keluarganya dituduh mengambil bahan terlarang, dadah.
Tidak berdiam diri, pelakon drama Keluarga Itu menafikan fitnah tersebut selain menuntut bukti sekiranya benar dia dan keluarga menghisap dadah.
Hi puan Team kami terima fitnah ni dari anda. Sbb setahu saya, keluarga saya tak ambil dadah. Semua dari family ni tak pernah sekalipun menggunakan dadah.
Kami semua 100% normal waktu bekerja dan tidak bekerja. Jadi boleh anda sertakan dgn bukti kukuh?
Puteri Balqis kemudiannya berkongsi tangkap layar profil media sosial wanita bertudung itu yang menunjukkan gaya hidupnya yang berbeza dengan penampilannya termasuk gambar-gambar yang dianggap seksi.
Bila hati dah sakit, tak dapat jantan yan anda mahu, fitnah pula ibu saya? Fitnah pula keluarga saya?
Anda memfitnah keluarga kami dengan profile memakai tudung. Jangan malukan penyokong-penyokong saya, sahabat-sahaabat kami yang memang bertudung, tapi punya sifat yang baik.
Terdahulu, seorang wanita meninggalkan komen di Facebook dengan menuduh Balqis datang daripada ‘keluarga penagih dadah’.
Dalam hantaran yang sama, Balqis turut berkongsi tangkap layar profil Facebook dan Instagram milik individu tersebut.
Sumber: Instagram Puteri Balqis
The post Difitnah Ambil Dadah, Puteri Balqis Pertahankan Maruah Diri & Keluarga – ‘Kami 100% Normal’ first appeared on OHBULAN!.





