
Beikutan berjaya memiliki tubuh badan yang ideal dan semakin langsing, pelakon Enot menafikan dakwaan melakukan pembedahan bariatrik.
Nafi buat bariatrik
Salam jumaat jom korg yg ada berdekatan dgn @Angsana JB Mall kak enot ada kaf #bazaarkuehraya booth 23 jom mcm2 cookies yg ada n kt ada harga combo jgk,dtg mbeli n kt bole selfi2 jmpa disana #bersyukur #alhamdulillah #fypage #2025 #ramadan #ramadan #fyppppppppppppppppppppppp #fyp?? #fypmalaysia #raya
? Raya Raya Raya – DOLLA
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Enot dilihat sedang mempromosikan jualan produk makanan bersempena Hari Raya.
Menjengah ke ruangan komen pula, terdapat segelintir warganet yang bertanya sama ada Enot melakukan pembedahan bariatrik atau tidak.
Pemilik nama Aliza Abdullah itu kemudian berkata, sebagai bekas pesakit kanser, pembedahan bariatrik boleh mengancam nyawa jika dia melakukannya.
Saya bekas pesakit kanser usus, jadi perut tak boleh diusik apatah lagi nak buat bariatrik. Itu namanya tempah maut, jadi saya diet sendiri.
Hati kena kental baru boleh kurus.
Jaga pemakanan

Menurut pelakon filem Cinta Luar Biasa itu juga, berat badannya dahulu boleh menjejaskan kesihatan fizikal.
Justeru, Enot memilih untuk menjaga pengambilan makanan demi mendapatkan tubuh badan yang sihat.
Pinggang saya tak boleh nak tampung (berat badan terdahulu) nanti saya boleh lumpuh.
Janganlah makan melampau. Saya buat (biskut raya) tak manis, lagi pun kalau nak makan saya akan makan yang ada coklat gelap.
Nafsu kena jaga juga, kalau ikut nafsu badan merana. Gula dan karbohidrat pun saya kurangkan.
Terdahulu, penampilan terkini Enot telah menyorot perhatian warganet selepas dilihat berjaya menurunkan berat badan sehingga 75kg.





