34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Naim Daniel Mengaku Tinggalkan Kekasih Selepas 4 Tahun Menyulam Cinta – ‘Ketika Itu, Berpisah Adalah Jalan Terbaik’

    Shopee Sale



    Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel kini berada dalam fasa ‘healing’ selepas hubungan percintaan yang terjalin selama empat tahun akhirnya putus di tengah jalan.

    ‘Berpisah adalah jalan terbaik..’

    Ketika ditemui , Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, mengakui bahawa pada masa itu dia merasakan perpisahan adalah jalan terbaik buat dirinya dan wanita tersebut.

    Saya yang mengambil keputusan untuk berpisah kerana saya rasa saya perlukan ruang untuk mencari ‘diri’ saya.

    Pada ketika itu, saya rasa berpisah adalah jalan terbaik.

    Enggan mendedahkan nama wanita yang pernah bertakhta di hatinya, pelantun lagu Sumpah ini berkata walaupun kecewa kerana gagal dalam percintaan namun dia percaya itu merupakan satu ujian dan jalan yang sudah ditetapkan Allah SWT.

    Sedikit kecewa, bagi saya 2024 merupakan tahun teruk yang saya hadapi. Bukan senang kita nak lupakan semua kenangan bersama.

    Hidup harus diteruskan. Kalau dah tertulis bukan jodoh dan rezeki, nak buat macam mana lagi.

    Naim berkata demikian ketika ditemui pada acara House Party XO House yang diadakan di Mutiara Damansara, pada Jumaat.

    ‘Saya nak kahwin, cuma jodoh tiada’

    Walau bagaimanapun, Naim berkata dia kini mahu memberi sepenuh fokus pada kariernya sebagai anak seni tetapi dalam masa yang sama, tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu dengan seseorang dalam masa terdekat.

    Kadang-kadang kita tak tahu bila seru nak kahwin tu sampai. Mungkin sebelum ni tak rasa nak kahwin dan sekarang perasaan tu baru datang, sesuatu yang sebelum ini tidak pernah muncul.

    Saya memang ada niat untuk berkahwin sebenarnya. Cuma jodoh sahaja tiada

    Setakat ini hati saya belum diisi mana-mana wanita. Saya cuma boleh cakap memang saya solo tetapi tidak mencari kerana fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang.

    Siapa-siapa sahaja selepas ini yang nak datang atau mengenali, saya okay je.

    Dalam perkembangan lain, Naim bakal muncul dengan album terbaharunya berjudul Lelaki Gila yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

    MENARIK:  Model Russia Bangga Dengan Sokongan Rakyat Malaysia – ‘Perangai Seorang Individu Tidak Mencerminkan Keseluruhan Tempat’

    Untuk rekod, Naim sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia sedang bahagia bersama wanita yang juga dalam industri hiburan. Bagaimanapun, Naim ketika itu tidak mendedahkan mengenai hubungannya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah