30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kenapa Artis Malaysia Kini Semakin Berani Angkat Budaya Nusantara? Ini Jawapan Kmy Kmo & Luca Sickta

    Shopee Sale

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai pemuzik tempatan dilihat kembali mengangkat identiti Nusantara dalam karya mereka. Jika suatu ketika dahulu kolaborasi antarabangsa sering tertumpu kepada artis dari Korea, Jepun atau Barat, kini semakin banyak karya memilih budaya serumpun sebagai sumber inspirasi.

    Daripada penggunaan dialek tempatan, alat muzik tradisional hinggalah elemen budaya Melayu dan Jawa, pendekatan itu semakin mendapat tempat dalam kalangan pemuzik generasi baharu yang mahu menghasilkan karya dengan identiti lebih dekat kepada rantau ini.

    Terbaharu, duo hip hop Kmy Kmo dan Luca Sickta turut mengambil langkah sama apabila tampil dengan sebuah projek baharu yang menyatukan rap Melayu dan alunan sinden Jawa bersama penyanyi Indonesia, Niken Salindry.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kmy Kmo & Luca Sickta Cerita Tentang Realiti Kehidupan & Godaan Dunia Dalam ‘Kertas Wangi’

    ARTIKEL BERKAITAN: Kmy Kmo Kongsi Maksud Di Sebalik Nama Pentas – ‘Ibu Saya Seorang Pesakit Kanser’

    Kolaborasi dengan penyanyi sinden popular Indonesia, Niken Salindry

    Walaupun karya berkenaan hanya dijadual dilancarkan pada September depan, kolaborasi itu sudah mula mencuri perhatian kerana dianggap membawa satu nafas berbeza dalam landskap muzik tempatan yang semakin terbuka meraikan identiti budaya serumpun.

    Di sebalik projek itu, Kmy Kmo dan Luca Sickta mengakui mereka bukan sekadar mahu menghasilkan lagu baharu, sebaliknya berharap karya tersebut mampu mengajak generasi muda melihat semula nilai budaya yang semakin dilupakan.

    “Kami mahu menghasilkan karya yang bukan hanya sedap didengar, tetapi mempunyai makna. Bagi kami, kebesaran seseorang bukan diukur melalui pangkat atau kekayaan, sebaliknya melalui budi serta nilai yang ditinggalkan.

    “Muzik mempunyai kuasa menyatukan masyarakat. Sebab itu kami memilih menggabungkan elemen budaya Malaysia dan Indonesia dalam sebuah karya yang masih mengekalkan identiti kedua-dua negara.”

    Bagi Niken Salindry pula, kolaborasi itu membuka peluang untuk memperkenalkan seni sinden kepada khalayak lebih luas, khususnya generasi muda.

    “Saya tertarik dengan konsep lagu ini kerana mesejnya selari dengan usaha memelihara budaya. Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada karya yang menggabungkan muzik tradisional dan moden, selain mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.”

    Apa yang menarik, projek berkenaan turut disertakan dengan muzik video berskala besar yang menjalani penggambaran di Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta, lengkap dengan puluhan penari, busana tradisional dan elemen budaya yang menggambarkan hubungan erat dua negara serumpun.

    MENARIK:  Havoc Food Festival Pilih Negeri Sembilan & Sabah.. Azza Elite, Reen Rahim, Ojen Aiwahh, Cat Farish Antara Selebriti Bakal Meriahkan

    Tinggi bakal muncul September ini

    Pendekatan seperti ini sebenarnya semakin mendapat perhatian dalam industri muzik serantau apabila ramai artis mula menggabungkan unsur tradisional dengan susunan muzik moden sebagai usaha memperkenalkan budaya kepada generasi baharu dalam bentuk yang lebih segar.

    Sama ada ia akan menjadi permulaan kepada lebih banyak kolaborasi berteraskan budaya Nusantara atau sekadar sebuah eksperimen kreatif, jawapannya mungkin hanya akan diketahui apabila karya berjudul Tinggi itu menemui pendengar pada September nanti.

    The post Kenapa Artis Malaysia Kini Semakin Berani Angkat Budaya Nusantara? Ini Jawapan Kmy Kmo & Luca Sickta first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah