27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nadeera Zaini Tak Ambil Tahu Tuduhan Khalwat, Pilih Untuk Maafkan Individu Sebar Fitnah – ‘Saya Harap Orang Itu Bertaubat’

    Shopee Sale



    Penyanyi Nadeera Zaini tetap berfikiran positif walau namanya terpalit fitnah kes penangkapan khalwat dengan individu berstatus ‘suami’. 

    ‘Bukan saya’

    Ketika ditemui , Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 32, akui memafkan individu yang didakwa cuba untuk menjatuhkannya.

    Andai kata ada orang yang mencuba untuk jatuhkan saya, saya maafkan orang itu. 

    Saya harap orang itu pun bertaubat kerana kita nak dekat bulan puasa.

    Nadeera berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Anugerah Juara Lagu-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.

    Walau bagaimanapun, pemegang trofi naib juara bagi Anugerah Juara Lagu-39 (AJL39) itu enggan mengulas lanjut mengenai isu yang tiada kaitan dengannya.

    Menurutnya, dia hanya fokus pada persiapan AJL39 ketika isu ini mula tersebar.

    No komen, saya tak mahu komen mengenai isu orang lain. 

    Saya tak ambil pusing pun mengenai perkara tersebut kerana bukan diri saya. Urusan orang lain lantak lah saya tak ambil peduli pun. 

    Sebulan saya memang fokus dengan apa yang saya nak buat dekat AJL jadi saya memang tak ambil kisah. Saya tak tengok media sosial, semua team saya yang uruskan.

    Saya tak tahu kenapa tiba-tiba nama saya dikaitkan.

    Terdahulu, seorang penyanyi wanita yang merupakan bekas peserta program realiti telah ditangkap khalwat selepas didakwa bersekedudukan bersama individu berstatus sudah berkahwin di sebuah rumah sewa.

    MENARIK:  Aliff Aziz Mendedahkan Perkara Sebenar Yang Berlaku

    Namun demikian, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri mengesahkan bahawa Nadeera tiada kaitan dengan isu terbabit.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah