
Penyanyi, Nadeera sekali lagi meraih perhatian netizen dengan kelunakan suaranya semasa duet bersama Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sama level
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nadeera atau nama lengkap Farah Nadeera Zaini, 32, membuat penampilan istimewa pada malam MagiSiti 2025 yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Pada perkongsian itu, Nadeera dan Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti, berada di atas pentas yang sama sambil mengalunkan lagu popular miliknya yang berjudul Nirmala.
Apa yang meraih perhatian apabila pelantun lagu ‘Bukan Lagi Kita’ itu berjaya membuat pendengar kagum dengan suaranya yang setanding Siti.
Luar biasa




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelunakan suara Nadeera yang tidak tenggelam walaupun berduet dengan penyanyi nombor satu negara. Selain itu, netizen turut bersetuju dengan kehadiran Nadeera dalam industri sebagai penyambung legasi Siti.





