Hantaran terbaharu di media sosial pasangan selebriti dan usahawan terkenal, Ben Ali dan Nadiyah Shahab mencuri tumpuan warganet selepas sekian lama tidak berkongsi momen bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadiyah Shahab Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bersama Ben Ali Sedang Bergolak – ‘Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Selamanya’
Artikel Berkaitan: Ben Ali Minta Henti Sebar Kebencian, Sifatkan Tak Adil Libat Negara Dengan Kontroversi – ‘Individu Bermasalah Pasti Akan Ada’
Video mesra

Menerusi perkongsian itu, Nadiyah dan Ben kelihatan mesra ketika sedang mencuba menu terbaharu dari Absolut Chocolat iaitu Salted Egg Tiramisu cake.
Video tersebut sekaligus menoktahkan spekulasi tentang rumah tangga mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila melihat pasangan itu kembali muncul dalam satu skrin yang sama.
Dalam pada itu, netizen juga mengambil kesempatan mengatakan rasa rindu melihat telatah mereka yang dikatakan sudah lama tidak kelihatan bersama.
Terdahulu, timbul dakwaan bahawa rumah tangga mereka berdepan pergolakan selepas dilihat tidak meraikan Aidilfitri bersama pada Mac lalu.
Sementara itu, menerusi temu bual, Nadiyah mengakui rumah tangga mereka berdepan dengan dugaan dalam perkahwinan.
Nadiyah turut menjelaskan dia dan Ben masih mempunyai ikatan yang sah dan tinggal sebumbung.
Komen netizen


Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Muat Naik Video Mesra, Netizen Titip Doa Buat Ben Ali & Nadiyah Shahab first appeared on OHBULAN!.





