29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Mommy Tahu Mommy Tidak Sempurna, Boleh Ke Kamu Terima?’ – Rita Rudaini

    Shopee Sale



    Pelakon Rita Rudaini memberitahu anak-anak merupakan keutamaannya dari dahulu sehingga sekarang.

    Risau tentang masa depan kamu

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Rita berkata, dia tidak pernah bercerita kepada anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mengenai perasaan sebenarnya.

    Mommy selalu risau tentang masa depan kamu. Mommy selalu penat dan letih tetapi tetap berusaha untuk kamu. Mommy banyak berkorban demi kebahagiaan kamu. Mommy akan rasa bersalah jika tak pernah ada dengan kamu. Mommy sangat bangga walau apa saja pencapaian kamu walau sekecil kecil apa pun.

    Tambah Rita, sebagai ibu tunggal dia sedar bahawa dirinya tidak sempurna.

    Mommy tahu mommy tidak sempurna, boleh ke kamu terima? Hati mommy akan hancur bila kamu dalam kesedihan. Diri mommy dah tiada apa-apa kerana semua keutamaan hal hanya pada kamu.

    Di akhir posting, pelakon drama ‘Rafflesia’ ini mengakui dia akan melakukan apa jua perkara dengan perasaan senang hati walaupun ianya sukar.

    MENARIK:  [VIDEO] Areef Amran Enggan Watak Pelajar Sekolah – ‘Sudah Sampai Had Umur Untuk Watak Itu’

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah