Pelakon meningkat naik, Areef Amran, akui lebih cenderung membawakan watak berkaitan kehidupan di sekolah kerana jalan ceritanya dekat di hati penonton yang turut melalui alam persekolahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Drama Papar Babak Tunggang Agama – ‘Cukuplah Cemarkan Watak Berjubah & Berserban’
Artikel Berkaitan: Watak Uqasha Senrose Dalam Bisik Asmara Dikecam, Peminat ‘Backup’ Dedah Banyak Tolong Peniaga Kecil Zaman PKP
Watak bersesuaian usia

Ketika ditemui , Areef, 28, meluahkan hasratnya untuk membawa watak seorang guru yang masih berlatarbelakangkan sekolah.
Selain itu, Areef turut menganggap sesuatu projek yang berkait rapat dengan alam persekolahan mempunyai jalan cerita yang menarik.
Saya memang minat cerita sekolah sebab seronok. Kita boleh bercerita mengenai cinta, buli, isu perkauman dan pelbagai masalah masyarakat.
Kalau ada rezeki berlakon dalam cerita berkaitan sekolah, saya berminat nak bawa watak cikgu Pendidikan Jasmani (PJ) atau cikgu kelas belakang.
Kita semua pernah melalui fasa sekolah. Dalam tempoh itu, pasti ada pelbagai kenangan dan masalah yang dilalui.
Sebab itu jika ada peluang berlakon dalam cerita berlatarbelakangkan sekolah, saya pasti akan menerimanya.
Areef berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai wataknya yang kerap dilihat menjadi pelajar sekolah, Areef menegaskan akan lebih memilih watak yang bersesuaian dengan umurnya kini.
Saya rasa kalau selepas ini dapat tawaran watak pelajar sekolah, mungkin sudah tidak sesuai kerana saya pun sudah meningkat usia.
Saya rasa sudah sampai had umur untuk membawa watak itu.
The post [VIDEO] Areef Amran Enggan Watak Pelajar Sekolah – ‘Sudah Sampai Had Umur Untuk Watak Itu’ first appeared on OHBULAN!.





