29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Momen Kejutan Hari Lahir Pasangan OKU Buat Ramai Terharu, Bukti Kasih Sayang Tak Kenal Erti Kekurangan

    Shopee Sale

    Kisah pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular di TikTok benar-benar menyentuh hati netizen apabila si suami merancang kejutan hari lahir buat si isteri di tempat kerja.

    Artikel Berkaitan: Lari Sambil Beramal! Fun Run Charity 2025 Bantu Anak-Anak OKU Rengit

    MENARIK:  Shuib Bangga Thalita Nyanyi Di Pentas Besar Pada Usia 12 Tahun – ‘Suara Awak Begitu Indah Macam Ibu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Video Jemaah OKU Penglihatan Menangis Depan Kaabah – ‘Itulah Impian Saya, Memang Allah Permudahkan’

    Cinta sejati tak perlukan kesempurnaan

    " data-video-id="7565073084009467137" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @cheerylovin6

    #caramerekabahagia #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #kehidupan #orangkurangupaya #deaf @SF KARIM @najihah❤

    ♬ Sad Song – Piano Tribute Players

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, difahamkan lelaki tersebut yang merupakan OKU fizikal telah datang lebih awal ke tempat kerja isterinya.

    Wanita berkenaan yang juga merupakan OKU pekak bisu dan mengalami rabun yang teruk itu, pada mulanya hairan apabila mendapati suaminya tiba-tiba datang lebih awal.

    Dengan menggunakan bahasa isyarat, wanita tersebut sempat bertanya kepada suaminya, sama ada anak mereka sudah mandi atau belum seperti kebiasaannya. Namun, tanpa disedari, rupa-rupanya lelaki itu sedang menyembunyikan sesuatu di dalam beg.

    Malu tapi tetap tersenyum

    Tidak lama kemudian, si suami mengeluarkan sejambak bunga dari begnya, khas untuk diberikan kepada isteri tercinta sempena hari lahirnya.

    Walaupun penglihatan wanita itu sangat terbatas, namun dia tersentuh dengan usaha suaminya.

    Malu la… orang ramai tengok.

    Kelihatan senyuman dibibir wanita itu meskipun berasa sedikit segan apabila menerima kejutan dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana mencipta momen yang sangat istimewa itu.

    Cinta sempurna dalam ketidaksempurnaan

    Momen mereka berpelukan dengan penuh kasih sayang membuatkan ramai yang menyaksikan berasa terharu.

    Dalam masa yang sama, netizen turut menyifatkan pasangan ini sebagai simbolik cinta yang saling melengkapi kekurangan masing-masing.

    Meskipun, kedua-duanya memiliki kekurangan dari segi fizikal, namun kasih sayang yang mereka zahirkan jelas membuktikan bahawa cinta sejati tidak memandang rupa, mahupun kesempurnaan.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Momen Kejutan Hari Lahir Pasangan OKU Buat Ramai Terharu, Bukti Kasih Sayang Tak Kenal Erti Kekurangan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah