33.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Mimi Lana Pesan Supaya Peminat Tak Patah Hati – ‘Syafiq Kyle Saya Punya Dah’

    Shopee Sale



    Pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri pada Jumaat dalam satu majlis tertutup yang diadakan di kampung halaman Mimi yang terletak di Taiping, Perak.

    ‘Korang jangan patah hati’

    " data-video-id="7471980496747072776">
    @erinaashinee “Syafiq Kyle saya punya dah” – Mimi Lana? mundur gais mundur ???? #skmlfoundthedate #fy #fyp #fypage #foryou #foryoupage #syafiqkyle #mimilana #fyp?? ? original sound – erinashinee

    Terbaharu, tular potongan video memaparkan pasangan merpati dua sejoli ini sedang melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

    Ketika sesi siaran langsung tersebut, Mimi berharap peminat tidak patah selepas dirinya selamat bernikah dengan Syafiq.

    Dalam pada itu, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin sempat berseloroh bahawa terdapat seorang jejaka yang memiliki wajah mirip suaminya iaitu adik kandung Syafiq sendiri, Syazwan Razak.

    Korang jangan patah hati tau.

    Ada lagi seorang yang macam Syafiq Kyle iaitu Syazwan Razak (adik Syafiq).

    Syafiq Kyle saya punya dah.

    Komen netizen

    Hantaran tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai dan telah meraih lebih 3,000,000 tontonan.

    MENARIK:  Kisah Keseharian Misya Mazlan Bersama Keluarga, Senyum Bahagia Terpancar di Wajah Mereka – 'Kerana Kau, Segalanya Menjadi Indah'

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan mereka bersetuju untuk menjadi teman hidup Syazwan kerana boleh menjadi keluarga ipar kepada Syafiq.

    Terdahulu, Syafiq mencuri perhatian apabila memuat naik foto tangannya yang memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di IG.

    Teka-teki itu kemudiannya terjawab selepas sumber rapat mengatakan pasangan itu akan bernikah hari ini.

    Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan.

    Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah