29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Mimi Fly ‘Reject’ Lelaki Malas – ‘Itu Red Flag Terbesar & Annoying’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Mimi Fly berkongsi pandangannya mengenai perkara yang dianggap sebagai ‘red flag’ terbesar dalam diri seorang lelaki.

    Artikel Berkaitan: Gen Z Mendunia Aidilfitri Ini.. ‘Serumpun’ Pula Jadi Siulan Ramai, Jom Tengok 10 Lagu Raya 2025 Pilihan

    Artikel Berkaitan: Mimi Fly Jawab Dakwaan Suka Kaum Sejenis – ‘Selalu Kena Panggil, Lesbian Ke?’

    Red flag

    Menerusi perkongsian klip di Threads, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 39, berkata sikap malas merupakan antara perkara yang boleh membuatkan dia hilang minat terhadap seseorang lelaki.

    Red flag terbesar bagi saya ialah lelaki malas. Memang menjengkelkan (annoying) dan terus buat hilang minat.

    Saya susah nak terpikat bila lelaki itu malas termasuk malas nak bekerja, malas nak berfikir, malas nak kisah dan sebagainya.

    Segelintir lelaki nak jadi suami dan segelintir lelaki nak ada isteri dan ia adalah dua perkara yang berbeza.

    Jadi yang selalunya yang nak isteri adalah pemikiran malas sebab dia nak orang jaga dan urus dia.

    Mimi berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam podcast popular, The Chic Code.

    MENARIK:  Penyampai Radio Sarawak Suka Cabar Diri – ‘Minat & Bakat Harus Digilap Tanpa Mengira Cabaran’

    Bercerita lanjut, pelantun lagu Serumpun itu berkata ada lelaki yang sedar mereka perlu sentiasa berusaha meningkatkan nilai diri agar menjadi individu yang lebih baik dari semasa ke semasa.

    Bagaimanapun, katanya terdapat juga segelintir lelaki yang tidak mahu berusaha membina nilai peribadi, sebaliknya merasakan mereka berhak memperoleh sesuatu tanpa usaha.

    Lelaki perlu membina nilai diri mereka, di mana dalam kehidupan ini mereka sedar mereka perlu berusaha membina nilai tersebut.

    Namun ada juga lelaki yang tidak mahu membina nilai diri tetapi berasa mereka berhak mendapat sesuatu. Lelaki seperti itu, tolong jauhkan diri daripada saya.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Mimi Fly ‘Reject’ Lelaki Malas – ‘Itu Red Flag Terbesar & Annoying’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah