28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Anda Pendek, Saya Faham Perasaan Itu’ – Nuha Bahrin Tak Kecil Hati Faktor Ketinggian Jadi Bahan Gurauan Netizen

    Shopee Sale



    Penyanyi Nuha Bahrin tidak berkecil hati dengan gurauan netizen mengenai ketinggiannya, yang sering menjadi bahan jenaka di media sosial sehingga dia digelar sebagai ‘Presiden Keychain’, merujuk kepada wanita bertubuh kecil.

    ‘Kalau anda pendek, saya faham perasaan itu’

    Ketika ditemui , pemilik nama Nuha Sakina Saiful Bahrin, 25, mengakui bahawa gurauan tersebut tidak sedikit pun menyinggung perasaannya. Sebaliknya, menganggap gurauan tersebut mengangkat individu bertubuh kecil selain turut rasa dihargai.

    Kalau anda pendek, saya faham perasaan itu.

    Saya okey sahaja apa yang orang nak cakap tentang ketinggian.

    Sebenarnya saya gembira sebab perempuan renek-renek seperti saya ini merasakan ‘they belong to somewhere’.

    Jadi, kalau anda pendek, saya faham perasaan anda. Saya juga tidak terasa hati pun

    Nuha berkata demikian ketika ditemui pada acara XO House Party yang berlangsung di Mutiara Damansara baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Hafiz Mahamad Ajar Staf Menyimpan, Beri Bonus Tiga Bulan Gaji – ‘Ada Yang Dah Berjaya Simpan RM50,000’

    Tak anggap ‘pendek’ satu penghinaan

    Pelantun lagu Lahali itu juga berkata dia juga tidak merasakan memiliki tubuh badan yang rendah itu adalah satu penghinaan sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah SWT.

    Saya tak pernah anggap benda itu sebagai satu penghinaan atau komen netizen sebagai kecaman.

    Walaupun ada orang gelar pendek dan ketot, itu perkara betul pun.

    Jadi, kenapa saya nak terasa dengan benda yang betul, saya okey sahaja.

    Sebelum ini, penyanyi yang sering menghasilkan kandungan kreatif di media sosial itu mencuri perhatian ramai melalui video gurauan tentang ketinggiannya. Konten tersebut membuatkan para peminatnya sering menggelarnya sebagai wanita bersaiz ‘keychain’ kerana tubuhnya yang kecil.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah