26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Masa Usia 20-an Saya Dah Bersedia Nak Jadi Ibu Tapi Masa Tu Jodoh Saya Sampai Lambat’ – Ainul Aishah

    Shopee Sale



    Pelakon Ainul Aishah berkongsi pengalaman saat melahirkan cahaya mata pertamanya, Kara Isabel pada 29 Mei lalu di sebuah hospital swasta di Damansara.

    ‘Saya sekarang bergelar seorang ibu’

    Menerusi hantaran di Instagram, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 39, akui meskipun pengalaman bersalin itu bukanlah perkara mudah yang dilalui oleh setiap para ibu namun dia bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan.

    Saya sekarang bergelar seorang ibu. Sebenarnya sejak saya berusia 20-an, saya dah bersedia untuk menjadi seorang ibu cuma jodoh saya sampai lambat.

    Saya akui perjalanan saya panjang dan mencabar untuk sampai ke tahap ini, saya tak mengeluh tetapi sangat bersyukur kepada Allah SWT.

    Dalam pada itu, Ainul meluahkan rasa syukur dan gembira kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu seperti mana yang diimpikannya selama ini.

    Akhirnya hidup saya lengkap dan saya berjanji untuk jaga anak saya sehingga hujung nyawa. Kurniaan ini sangat bermakna kerana dia adalah amanah dan tanggungjawab untuk saya.

    Untuk rekod, Ainul dan suaminya, Khalid Redzuan telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2022. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan yang dikenali sebagai Kara Isabel pada 29 Mei lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Achey Titip Ucapan Buat Allahyarham Abam Di Tanah Suci – ‘Bertiga Sementara, Bocey Selamanya’

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Ainul Aishah (@ainulaishah)

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah