26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Madammu Titip Nasihat Buat Kaum Hawa – ‘Cari Duit Untuk Diri Sendiri Bukan Tanggung Jantan’

    Shopee Sale



    Usahawan jelita, Madammu menasihati kaum wanita agar tidak menanggung lelaki yang digelar biawak hidup.

    Buat untuk diri sendiri

    " data-video-id="7415496502899969300" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @noirhealthbeauty

    Tanggung Jantan! Hey, Madammu nak ajak ualls semua jadi wanita yang bijak – cari duit untuk diri sendiri, bukan untuk tanggung lelaki! Berniagalah untuk masa depan dan kebebasan diri, bukan untuk orang lain. Let’s empower ourselves and take charge of our own success! Jom Join Madammu Dream Team guys! #fyp #wherebeautyblossom #noirmadammu #noirbeautymalaysia #HalalPremiumSkincare #MadammuDreamTeam

    ? original sound – Noir Health & Beauty HQ – Noir Health & Beauty HQ

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Madammu membaca komen daripada seorang wanita yang berminat untuk menyertai perniagaannya.

    Saya ada boyfriend yang kaki kikis, jadi boleh la nak tanggung dia kalau sertai (perniagaan) ini.

    Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri kemudian berkata, dia sama sekali tidak bersetuju andai wanita tersebut bertindak menanggung teman lelakinya.

    Kenapa nak tanggung lelaki? Siapa ajar tanggung lelaki?

    Awak cari duit untuk diri awak sendiri, untuk awak joli bukan untuk tanggung jantan atau biawak hidup.

    Menurut usahawan berusia 34 tahun itu, seorang wanita perlu berfikiran bijak kerana menanggung lelaki bukanlah tanggungjawab kaum Hawa.

    Kita orang perempuan kena pandai dan bijak. Kau tahu lelaki kau tu biawak hidup, daripada kau tanggung dia, lebih baik kau tanggung mak kau dekat kampung.

    Kalau nak tanggung jantan, jangan berniaga.

    Justeru, Madammu berpendapat adalah lebih baik jika wanita tersebut meninggalkan teman lelakinya dan mencari seorang lelaki yang lebih baik.

    Dah tahu kaki kikis, kau nyahkan dia dan cari jantan lain. Macam tak ada jantan lain dalam dunia ini.

    Semua jenis ada, daripada sakit hati menanggung.

    Jangan jadi perempuan sebegitu, kita berniaga untuk diri kita.

    MENARIK:  [VIDEO] Da’i Syed Dedah Tiada Tawaran ‘Job’, Bakal Mula Jual Gelang Perhiasan Wanita Dari Mesir

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah