30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Akiko – ‘Kalau Kahwin Lain Itu Bermakna Saya Curang’

    Shopee Sale

    Usahawan salun rambut terkenal, Ridzokumura nekad untuk tidak mencari pengganti kepada arwah isterinya, Akiko Okumura.

    Artikel Berkaitan: ‘Sky Tak Nak Tinggal Solat, Sebab Mahu Sentiasa Doakan Arwah Ibunya’ – Ridzokumura

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzokumura Kongsi Arwah Akiko Simpan Rapi Duit Raya Anak Sejak Umur Setahun – ‘Nanti Sky Boleh Tunaikan Haji’

    Setia pada Akiko

    View this post on Instagram

    A post shared by NONA (@majalahnona)

    Menerusi temu bual bersama majalah Nona, Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib berkata, dia enggan berumah tangga buat kali kedua.

    Menurut Ridzuan, dia memilih untuk tetap setia dengan arwah isterinya itu hingga ke akhir hayat.

    Lelaki lagi susah nak move on. Setiap doa saya, saya berkata, ‘Ya Allah tutuplah nafsu saya dengan manusia, saya tak mahu kahwin lagi.’

    Cukuplah saya dengan arwah Akiko sebab dia adalah perempuan yang membahagiakan saya, dari dia hidup sehinggalah dia meninggal dunia. Saya cuma mahu dia sahaja.

    Misal kata suatu hari nanti saya kahwin lain, itu bermakna saya curang dengan dia.

    Sepanjang 16 tahun dengan dia, kami tak pernah curang jadi sampai mati pun begitu.

    Saya rela hidup seorang diri daripada kahwin lain. Saya setia pada yang satu sampai akhir hayat.

    Sky tak mahu

    Dalam masa yang sama, Ridzuan turut memaklumkan bahawa anak tunggalnya juga tidak mahu posisi arwah ibunya digantikan dengan mana-mana wanita lain.

    Sky pun tak nak, dia dah cakap jangan kahwin.

    Tapi itu hanyalah doa, kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.

    Doakan saya dapat menjaga anak dengan baik dan dikuatkan pegangan agama.

    Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Akiko Dah Jaga Saya & Sky Dengan Terlalu Baik, Tak Ada Orang Boleh Buat Macam Tu’ – Ridzuan Ridzokumura

    Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura.

    Sumber: IG Nona

    The post Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Akiko – ‘Kalau Kahwin Lain Itu Bermakna Saya Curang’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah