28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Liyana Jasmay Gagal Tahan Air Mata, Kenang Arwah Ibu & Bapa – ‘Mereka Peminat Nombor Satu Saya’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay sebak mengenangkan arwah kedua-dua ibu bapanya kerana mereka tidak dapat menyaksikan karya terbaharu lakonannya menerusi filem Baik Punya Ah-Long.

    Sokongan arwah ibu & bapa

    Ketika ditemui , Liyana gagal menahan air mata dan berkata, sebelum ini arwah ibunya akan sentiasa berada bersama dalam setiap acara dan menjadi tulang belakang kariernya.

    Selalunya jika ada tayangan perdana filem saya, mesti dia akan ada dan menemani. Tetapi malam ini, mereka tidak ada dengan saya.

    Menurut aktres berusia 36 tahun itu, ketika menjalani penggambaran filem berkenaan, dia dimaklumkan dengan berita bahawa bapanya menghidap kanser paru-paru.

    Semasa saya sedang menjalani penggambaran filem ini, arwah ibu ada bersama tetapi ketika itu saya dapat tahu arwah ayah menghidap kanser. Jadi, ianya sangat mencabar kerana saya perlu melakonkan watak komedi.

    Bercerita lanjut, Liyana memberitahu, ibu dan bapanya gembira apabila mengetahui dia kembali bekerjasama dengan Datuk Afdlin Shauki selepas 11 tahun tidak melibatkan diri dengan naskah filem.

    Ibu dan ayah saya sangat teruja apabila mengetahui saya akan kembali menjalani penggambaran bersama Afdlin.

    Tetapi saya sangat sedih kerana mereka tiada untuk melihat saya hari ini. Bukan untuk filem sahaja, tetapi semua kejayaan syarikat atau diri sendiri.

    Mereka adalah peminat nombor satu saya.

    Liyana berkata demikian pada sidang media dan tayangan perdana filem Baik Punya Ah-Long  yang berlangsung di Mid Valley pada Selasa.

    Walau bagaimanapun, pelantun lagu Cinta Bersatu itu tetap meluahkan rasa syukur kerana keperibadian arwah ibunya disenangi ramai.

    Saya tetap gembira dan bersyukur apabila ramai yang bercakap tentang arwah ibu. Kemana sahaja saya pergi, mesti ramai yang berkata tentang kebaikan dirinya.

    Terdahulu, bapa Liyana iaitu Allahyarham Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada 17 Disember 2021, manakala ibunya Allahyarhamah Datin Habsah menghembuskan nafas terakhir kerana kanser limfoma pada 12 Mei tahun lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Anju Baik, Tapi Kena Ada Orang Yang Didik Dia’ – Bekas Tunang Zarina Anjoulie

    Sekadar info, Liyana memegang watak sebagai Cik Pa di dalam filem tersebut yang turut dibintangi oleh Johan, Zizan Razak, Chew Kinwah, Afdlin, Adlin Aman Ramli dan Allahyarhamah Adibah Noor. Baik Punya Ah-Long akan mula ditayangkan pada 12 September ini.

    " data-video-id="7413273836218617109" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Liyana Jasmay sebak mengenangkan arwah kedua-dua ibu bapanya kerana mereka tidak dapat menyaksikan karya terbaharu. # #fyp #news #liyana #jasmay #sebak #kenang #ibubapa

    ? Very Sad – Enchan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah