33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 10,000 Sertai PERKESO Run & Ride 2025 Di Putrajaya! Meriah Habis!

    Shopee Sale



       

    Program PERKESO Run & Ride 2025 pada 20 April lalu berlangsung penuh meriah dengan penyertaan lebih 10,000 peserta bersempena dengan sambutan Hari Pekerja yang bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa.”

    Acara anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini menawarkan empat kategori iaitu lari 3km, 6km, 10km dan kayuhan santai sejauh 35km, yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk pekerja sektor awam dan swasta serta pelajar dan warga emas.

    Dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia

    Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, yang turut diiringi oleh Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA serta barisan pengurusan kanan PERKESO.

    Dalam ucapannya, YB Steven Sim menekankan bahawa program seperti ini bukan sekadar acara riadah tetapi satu usaha berterusan kerajaan untuk memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, terutamanya pekerja.

    “Kita mahu para pekerja bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya tetapi juga sihat dari segi fizikal dan mental. Aktiviti komuniti seperti ini adalah platform terbaik untuk menyatupadukan rakyat serta mendidik tentang pentingnya kesihatan holistik,” ujar beliau.

    Fokus kesihatan dan kesejahteraan pekerja

    Selain menyemarakkan sambutan Hari Pekerja, PERKESO Run & Ride 2025 turut menyokong inisiatif kerajaan dalam menggalakkan saringan kesihatan awal dan memerangi penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi dan obesiti yang kini semakin meningkat dalam kalangan warga pekerja.

    MENARIK:  Watie Hanifiah Lebih Kenal Perangai Anak – ‘Talita Bukan Begitu, Saya Yang Hidup Dengan Dia’

    Acara ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan boleh dilakukan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Bahkan, boleh menjadi satu aktiviti keluarga dan komuniti.

    Menurut pemenang cabutan bertuah, Puan Norlela Ismail, 53 tahun, PERKESO Run & Ride 2025 bukan sekadar untuk larian, berbasikal, dan cabutan bertuah sahaja tetapi juga untuk kesihatan.

    Pada masa sama, program itu turut berkongsi maklumat mengenai kepentingan caruman PERKESO kepada orang awam yang mungkin tidak tahu mengenai pelbagai kebaikannya terutama kepada suri rumah.

    Tambahnya lagi, acara itu juga dapat mengeratkan lagi silaturahim bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Tidak menyangka membawa pulang sebuah kereta Perodua Bezza, Puan Norlela Ismail benar-benar bersyukur atas kemenangannya.

    “Alhamdulillah, sangat-sangat terkejut dan gembira, tidak pernah terfikir akan dapat menang sebuah kereta. Hadiah yang paling berharga dan paling besar pernah saya dapat.

    “Saya harap semua orang dapat sama-sama menyertai dan memeriahkan program RUN & RIDE untuk tahun depan dan tahun-tahun seterusnya. Mungkin lepas ni rezeki korang… siapa yang tahu kan?” katanya kepada kami.

    Semoga program seperti ini diteruskan pada masa akan datang sebagai simbol penghargaan kepada para pekerja dan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat, aktif dan sejahtera.

    Jika korang berminat nak tahu lebih tentang PERKESO Run & Ride 2025 korang boleh follow Instagram PERKESO di SINI.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah