26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Linda Hashim Dakwa Beego ‘Hilang’? – ‘Nak Harap Bapaknya, Tak Nak Ambil Tahu Pun Pasal Anak-Anak’

    Shopee Sale



    Perkongsian pelakon Linda Hashim di TikTok mengenai suaminya, Beego serta anak-anak telah menyorot perhatian ramai.

    Jumpa anak-anak

    " data-video-id="7501115117375999250" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @lindahashim_hq

    finally we are together..after 2 months mommy work jauh.. 1st time pisah dengan anak2. terima kasih @aqish_anip1012 sebab ikhlas menjaga anak2.semoga Allah swt membalas segala jasa mulia kalian Dan mengalir lah pahala buat kalian.nak harap bapaknya hilang ntah kemana tak nak ambil Tahu apa pun pasal anak2.?????

    ? Kenangan – Sajiwa

    Menerusi hantaran terbaharu, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim memuat naik video momen ketika bertemu semula dengan anak-anaknya selepas lama berjauhan.

    Dalam masa yang sama, aktres berusia 40 tahun itu mendakwa suaminya, Beego tidak endah akan anak-anak mereka.

    Akhirnya kita bersama selepas dua bulan mommy kerja jauh. Pertama kali berpisah dengan anak-anak.

    Terima kasih Aqish Anip sebab ikhlas menjaga anak-anak. Semoga Allah membalas segala jasa mulia kalian dan mengalirlah pahala.

    Nak harap bapaknya hilang entah ke mana, tak nak ambil tahu apa pun pasal anak-anak.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, Linda dilihat turut membalas pertanyaan salah seorang individu dengan mendakwa Beego jarang membantu menguruskan rumah mereka.

    MENARIK:  Netizen Desak View Chin Tunjuk Bukti Status Dengan Amirah – ‘Islam Galak Perkahwinan Untuk Dihebahkan’

    Dalam pada itu, rata-rata warganet juga sebak melihat anak-anak Linda yang terlalu merinduinya.

    Sekadar info, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman awal Januari lalu.

    Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.

    Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

    Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah