26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Desak View Chin Tunjuk Bukti Status Dengan Amirah – ‘Islam Galak Perkahwinan Untuk Dihebahkan’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, View Chin sekali lagi menjadi sasaran netizen apabila bersuara mengenai tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan anak-anak mereka.

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Gagal Beri Notis Awal Untuk Jemput Anak, Ceroboh Rumah Secara Haram & Bawa Lari Mereka’ – Bekas Isteri View Chin

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jumpa Anak, Itu Pun Susah Ke? – View Chin Dakwa Kad Akses Rumah Disekat, Bekas Isteri ‘Sorok’ Anak?

    Desak tunjuk bukti berkahwin

    Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, seorang individu mendesak View Chin untuk tampil memuat naik bukti berkahwin secara sah bersama Amirah Aqilah ekoran keadaan yang dilihat tinggal sebumbung.

    Tegasnya, agama Islam menekankan agar perkahwinan dihebahkan supaya sesebuah pasangan terhindar daripada sebarang fitnah yang tidak diingini.

    Kalau betul dah tukar ke agama Islam dan berkahwin, tolong tunjuk bukti boleh? Ramai nak tahu.

    Dalam Islam, perkahwinan digalakkan untuk dihebahkan supaya hubungan yang halal jelas di sisi masyarakat.

    Ianya menjaga maruah pasangan, melindungi hak wanita, memelihara nasab keturunan dan mengelakkan fitnah pada masa hadapan.

    Nikah bukan sekadar penyatuan dua hati, tetapi juga tanggungjawab sosial yang membawa keberkatan.

    Netizen bersatu

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan agar orang ramai melaporkan kepada pihak jabatan agama agar siasatan dijalankan bagi mengelak sebarang fitnah muncul ekoran rumah tangga mereka.

    MENARIK:  Mak Wan Latah Berdepan Masalah Sakit Lutut, Kos Pembedahan Cecah Puluhan Ribu – ‘Saya Tak Mampu, Hanya Bergantung Dengan Ubat’

    Sumber: Threads @nusaybahwrites

    The post Netizen Desak View Chin Tunjuk Bukti Status Dengan Amirah – ‘Islam Galak Perkahwinan Untuk Dihebahkan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah