30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lelaki Senang ‘Move On’ Selepas Cerai? Farid Kamil Komen – ‘Bergantung Pada Jodoh & Matlamat Hidup’

    Shopee Sale

    Pelakon, Farid Kamil tampil memberi pandangan berhubung persepsi segelintir netizen yang menganggap golongan lelaki lebih mudah ‘move on’ selepas bercerai berbanding wanita.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Setahun Tiada Komunikasi Dengan Diana Dianelle, Farid Kamil Cuba Matangkan Diri – ‘Hanya Terpisah Oleh Dunia & Waktu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Pimpin Tangan Ibu Buat Netizen Tersentuh – ‘Inilah Yang Terbaik, Muliakan Emak Untuk Dunia & Akhirat’

    Farid pesan jangan ‘judge’ orang

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur Aurora (@nur.auroraaa)

    Ketika ditemui , Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari berkata, perkara itu tidak wajar dijadikan perbandingan kerana setiap orang mempunyai perjalanan hidup serta matlamat yang berbeza.

    Kalau itu yang netizen katakan, pada saya seimbang sahaja. Ada juga yang wanita berkahwin dulu, lelaki kahwin kemudian dan sebaliknya.

    Pada saya situasi ini bergantung kepada jodoh, pertemuan dan matlamat hidup seseorang.

    Sesetengah orang mungkin tak boleh nak bersendirian terlalu lama dan ada sesetengah orang pula boleh lama hidup bersendirian.

    Tambah pelakon filem ‘Cinta Fotokopi’, seseorang itu tidak boleh dihukum hanya berdasarkan keputusan yang dibuat kerana mereka mempunyai alasan tersendiri serta jalan hidup yang berbeza.

    Kita tak boleh nak hukum orang sebab bercinta dan berkahwin ini soal jiwa dan raga.

    Tetapi, kalau berkahwin semata-mata nak hilangkan kesepian, itu bukan jalan dia.

    Farid berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis perasmian kedai motosikal elektrik miliknya iaitu Neo FK yang diadakan di Setia Alam pada Khamis.

    MENARIK:  Abby Abadi Rindu Marissa Dania – ‘Kenapa Mama Mesej Tak Balas?’

    Kena teruskan hidup

    Bercakap soal perpisahan dalam perkahwinan, bapa kepada dua orang anak berpendapat setiap lelaki perlu melalui pengalaman tersebut dengan hati terbuka supaya dapat meneruskan kehidupan.

    Menjadikan diri sebagai contoh, Farid memaklumkan dia menggunakan tempoh hidup bersendirian sejak enam bulan untuk membina semula kehidupan dengan memulakan perniagaan.

    Tetapi pada saya sebagai seorang lelaki kita perlu jalani setiap perkara tersebut supaya kita dapat berfikir apa pula jalan dan langkah kita yang seterusnya.

    Macam saya, walaupun sudah bersendirian selama enam bulan, masa itu saya gunakan untuk memulakan perniagaan.

    Ketika ini, saya hanya memikirkan dua orang anak jadi kelangsungan hidup mereka itu adalah kepentingan saya ketika ini.

    Jadi, saya tak boleh nak berdiam diri dan perlu menambahkan pendapat bagi masa depan mereka.

    The post [VIDEO] Lelaki Senang ‘Move On’ Selepas Cerai? Farid Kamil Komen – ‘Bergantung Pada Jodoh & Matlamat Hidup’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah