Penyanyi, Aisyah Aziz dipercayai telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Ibu Aisyah Aziz Gembira Dapat Menantu, Doa Rumah Tangga Sentiasa Dilindungi Allah
Artikel Berkaitan: Neelofa Kongsi Vlog Hadiri Perkahwinan Aisyah Aziz, Sebak Ketika Akad Nikah
Bergelar ibu
View this post on Instagram
Ibu Aisyah iaitu Siti Hafiza Sheikh Mohamad mengumumkan tentang berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Hafiza turut memuat naik foto dirinya serta suami sambil mengendong bayi tersebut dan di ruangan kapsyen, dia meluahkan rasa syukur selepas dikurniakan seorang lagi cucu.
Dalam masa sama, Hafiza turut mendoakan agar cucunya sentiasa dikasihi Allah SWT dan menjadi insan yang berguna untuk kedua ibu bapanya serta keluarga.
MasyaAllah Allahumma baarik, hadiah yang sangat-sangat bernilai buat kami sekeluarga. Amin Allahumma amin.
Kami doakan cucunda sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata buat Abah dan Ummi serta keluarga, dan sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat.
Ummi Wan dan Tok Ayah sudah mula merindui kamu. Kasih sayang dan pelukan buat anak tersayang kami, Aisyah Aziz dan suami Fahrudin Amir.
Bagaimanapun, Hafiza tidak menyatakan dengan terperinci tentang tarikh kelahiran cucunya itu.
Tinjauan juga mendapati, pelantun lagu Pujaanku itu juga tidak berkongsi mengenai kelahiran zuriat pertamanya di media sosial.
Untuk info, Aisyah dan Dr Fahrudin Amir yang juga abang kepada pendakwah bebas, PU Riz itu telah mendirikan rumah tangga pada April 2025.
Sumber: IG Fiza Aziz
The post ‘Hadiah Yang Sangat Bernilai’ – Ibu Kongsi Foto Bersama Cucu, Aisyah Aziz Selamat Timang Anak Sulung first appeared on OHBULAN!.





